Thursday, August 25, 2011

Love Is In The Air~


Apabila nama kekasih hati dipertaruhkan

Aku patut terima hakikat yang aku dan dia memang tidak berjodoh :'(
Esok nak mintak clash ah!



Tiba-tiba...



No worries Ryan baby, i lebb u beri the stronghold <3




p/s : Elleh, macam korang tak pernah main benda alah ni dulu-dulu :P


Wednesday, August 24, 2011

Kenangan Ramadhan Dolu-Dolu


Assalamualaikum.


Bosan pulak asyik buat entry pasal doodle je bulan ni. Kan? Kan? Kan? Hmm.. Enam hari je lagi kita bakal mengakhiri Ramadhan. Entah kenapa Ramadhan kali ni aku rasa sunyi sikit. Pagi-pagi je lepas sahur semua orang dok siap-siap nak pergi kerja/sekolah. Aku je yang dok terkebil-kebil atas katil sambung beradu =.=" Pastu dah, tinggal daku kelonelian dalam rumah T^T Mentang-mentang lah aku ni penanam anggur setia dalam rumah ni.


Sedang aku terkebil-kebil keseorangan, tiba-tiba terflashback pulak zaman muda-muda dulu. Zaman sekolah rendah, zaman kanak-kanak riang. Dulu-dulu puasa tak ada lah penat sangat sebab dulu bulan Ramadhan time cuti sekolah. Sekarang ni dah makin naik makin naik. Kasihan kanak-kanak generasi kini. Banyak dugaan nooo~


Teringat dulu lepas sahur je ramai-ramai adik-beradik berkumpul kat ruang tamu sambil lafaz niat depan abah. Walaupun dah hafal dengan cemerlang, still nak lafaz depan abah jugak, ikut satu-satu abah lafaz, ala lebih kurang macam talaqqi kat astro oasis tuu. Lepas tu pi main congkak pastu tengok kartun kat tv. Sungguh cergas kan? Kenapa sekarang aku tak secergas dulu? Di mana silapnya???!


Pernah sekali tu, dah terlampau cergas sangat, kitorang main perang-perang lepas sahur. Main kat luar rumah yang still gelap macam malam. Sungguh cergas bukan?

gini lah ghopernya kami adik-beradik =.=" Waktu ni aku sekolah rendah lagi, abang-abang pun sekolah lagi. Adik kecik masih belum wujud. Huhu~


Senjata kitorang time bertempur tu adalah bunga api. Perghh~ Itu lah senjata paling bahaya dan mahal tika itu. Kitorang adik-beradik tak pandai main mercun, sungguh! Bunga api tu kitorang kerat-kerat jadi kicik-kicik pastu kumpul kan. Pastu amik pelita sorang satu dan SEEEERRRRRAAAAANNNGGGGGGGG!!!!!~~


Masa kitorang berperang tu, keadaan sekeliling memang gelap. Tak nampak apa-apa. Just nampak bunga api yang dikerat kicik berterbangan di udara. Budak-budak kan, tau nak seronok jaa =.=" Bila matahari muncul, perang diisytiharkan tamat oleh Mem Besar disertakan dengan kena marah kaw-kaw. Bila matahari muncul baru nampak kesan-kesan peperangan tadi. Tikar berlubang-lubang kesan percikan api. Baju pun berlubang-lubang, nasib baik kulit tak berlubang. Kereta abah pun ada kesan-kesan hitam sebab dijadikan benteng pertahanan. Memang teruk kena marah T^T tapi kenangan macam tu...priceless kan? ;) Cerita lah kenangan korang pulak >.< nak tau nii~


p/s : Fobia dengan bunga api besi yang bertangkai dawai tu. Dulu pernah terduduk atas tangkai bunga api berdawai yang masih berbara. Perrggghh!~ Berlubang bu***t T^T I hate you bunga api dawai besi walaupun sparkling api you cantik.


Misi Membayar Hutang Doodle Trade [1]

Assalamualaikum.



Baru terhegeh-hegeh nak settlekan hutang =.=" Belog juga semakin dilupakan. Maap, sudah jarang belogwalking. Sibuk shopping barang-barang nak royo. Huhu.. Korang sudah prepare semua mak nenek barang nak raya belum?


p/s : Dear Cik Feza, doodle lagi satu nanad hold dulu sebab 'surpriseeee'. hehe.. Sabaq naa~ ;D



Monday, August 22, 2011

Settle :D

Assalamualaikum.


Alhamdulillah :) Settle sudah semua mak nenek borang+pengesahan serta barang-barang 'berpindah'. Banyak betul rupanya benda yang nak kena settlekan. Keluar masuk rumah je kejenya. Haus je memanjang =.=" Dugaan betul. Huhu.. Tu lah, last minute lagi T^T Nasib baik ada Mem Besar. Bolehlah beraya dengan tenang nanti :)


2 hari tak update belog. 2 hari jugak tak buat doodle langsung. Sekarang dah settle semua boleh lah sambung hobi balik ;D Hoyeah!~


Dapat dua doodle trade dari bloggers lagi ^_^ Dulu sebelum tutup trade , pernah request trade dengan mereka sebab sangat berkenan dengan doodle mereka. Hehe. Tak sangka dapat >.< Thankyou sebab sudi trade dengan Nanad~




doodle from : FARAH





doodle from : Anis





p/s : Kena start packing segala mak nenek baju pulak =.="





Thursday, August 18, 2011

Kacak Luar, Kacak Dalam, Kacak Dengar Sini~

Assalamualaikum.


Tiba-tiba terasa geli dengan tajuk entry sendiri =.=" Whoah~ Cepat betul masa berlalu! Sedar tak sedar kita dah puasa 18 hari, maknanya lagi 12 hari nak raya oo~ Masih tak puas bersama Ramadhan, mengapa cepat sangat Syawal nak menjelma? T^T


Bila nak dekat raya, bermakna makin dekat hari pendaftaran masuk U. T^T Bermakna makin kurang waktu untuk bermanja dengan Mem Besar serta keluarga. Bermakna dah tak boleh bersenang-lenang goyang kaki macam sekarang. Bermakna tak boleh spend time buat doodle lagi. T^T OH NO!~


Dengan dukacita,
Photobucket


Semua yang berkaitan doodle Nanad seperti tempahan, doodle trade, free request, etc telah ditutup dengan syahdunya T^T. Terima Kasih buat yang sudi menempah baru-baru ini dan sebelum ini. InsyaAllah Nanad akan siapkan A.S.A.P. Kalau boleh sebelum raya nak settlekan semua. Doodle Trade pun, terima kasih buat yang sudi trade doodle comel-comel dengan Nanad ^^ Nanad tengah struggle menyiapkan semuanya T^T somebody pleaseeee assist me~


Mem Besar dan suaminya.. =.= .. Ok, agak kuanghajo di situ. Mem Besar serta Boss Besar dah banyak kali sound, suruh prepare segala mak nenek borang-borang serta barang-barang untuk 'berpindah' ke alam U bulan sembilan ni. Asyik tangguh-tangguh, kan dah kena marah. T^T


Agak terkujat dan serba salah bila mana masih ada lagi yang submit entry karangan GA 'Dear Nanad' tempoh hari. Janganlah begitu sayang oii~ GA itu sudah expired lah sayang.. Nanti-nanti InsyaAllah Nanad buat GA lagi, baru join ok? ;D


p/s : Selamat Berbuka ^_^




Wednesday, August 17, 2011

Tutorial #4 : Lukis Doodle Tanpa Menggunakan Photoshop

Assalamualaikum.





Boleh (^_^) Ada software yang lagi mudah untuk berdoodling ni. It's called Paint Sai Tool <--- click untuk download. Sini ada sedikit basic tutorial. Boleh cuba, try, test :D


Create New Canvas ikut saiz yang anda suka.





Sebelum mula melukis, click pada icon pen atas kertas yang dalam lingkaran empat segi merah kat atas tu untuk mendapatkan smooth curves. Secara automatik, new layer bernama Linework 1 akan muncul. Layer ni sesuai digunakan untuk draw outline.





Lepas tu select option curve untuk mula melukis.



Contoh malas =.="




Kalau tak faham, boleh tanya di ruangan komen. Selamat Mencuba :D




p/s : Doodle trade dalam process :) Harap bersabar yeee ;D





Tuesday, August 16, 2011

Antara Koleksi Doodle Yang Ditempah



DOODLE SOLO = RM5



DOODLE WITH EXTRA STUFFS = RM8






DOODLE COUPLE = RM10



MAHU JUGA? KLIK SINI DAN ORDER :D



Monday, August 15, 2011

30 Day Doodle Challenge




Hehe.. Ada teman request untuk saya accept challenge ni. Hmm.. Should I accept it? ;D



...






-----hujan di luar-----dan hujan dalam hati-----entri emosi tamat-----



Sunday, August 14, 2011

Terima Kasih Daun Keladi ^_^

Assalamualaikum.


Pagi-pagi bukak blogspot dah dapat comment dari adik maisarah comel yang dah siapkan doodle yang comel untuk ditradekan. Tak sampai hati nak kata tak boleh trade =.=" huhu.. Terima Kasih adik maisarah comel ^_^ Nanti kak nanad reply hokeh ;D





Petang tadi pulak dapat message beserta link di shoutbox daripada seorang 'junior' (eceyh poyo pulak nak kata junior =.=") Ngehngehngeh~ sebenarnya haritu ada mintak doodle daripada cik bunbun, tak sangka cik bunbun sudi doodle trade dengan saya ;) Takut cik bunbun tak sudi sebab doodle cik bunbun tengah panas dan hangat serta diminati ramai sekarang ni >.< cepat-cepat mintak doodle daripada beliau!~ :D

From : CIK BUNBUN




p/s : Ingat nak buat freebies tapi tak ada idea nak buat apa =.=" Ada idea tak? ;D





Doodle For Winner #6

Assalamualaikum.





Hampir terlupa pasal pemenang ke-enam GA 'Dear Nanad' hari tu =.=" Maaf ye terlambat..huhu..



Saturday, August 13, 2011

Godaan Doodle Yang Melampau =.="

Assalamualaikum.


Tak habis lagi sengihan semalam akibat lukisan ini, pagi ni bertambah sengih lagi dengan doodles di bawah. Mengapa wahai kawan-kawan? Mengapa anda semua suka goda saya dengan doodles yang comel-comel lote? Saya udah penat dok sengih-sengih tanpa henti seorang diri depan laptop sehinggakan Mem Besar sudah usha pelik =..="



From : BALQIS

Suka dengan rambut doodle ^^ and matahari tuu ;D Balqis kena ajar Nanad buat matahari tu >.< Comel~









Hoyeah!~ :D Lagi sekali dapat DUA doodle dari blogger yang baik hati ^_^ Cantik kan? Gambar pertama tu Luna Chempaka lukis on paper, gambar kedua tu pulak on screen. Dua-dua pun gorgeous :D i loike~ Oh, Cik Luna Chempaka juga ambil tempahan untuk buat header ^_^ Cantik oo header yang beliau buat. Lekaih serbu belog beliau~






HemoHemoHemo~ Saya memang adore doodle Scya Lollita ni sebab ia sangat cute >.< Cepat buat trade dengan beliau, gerenti puas hati ^_^



p/s : Dear kawan-kawan, tak larat lah sengih banyak-banyak =.=" huhu. Pada kawan-kawan yang nak trade tu harap boleh hold dulu ya ;D Bukan apa, saya takut tak terbuat. Nanti kalau nak trade saya inform ye ^_^ Jangan lukis dulu tau ;) Terima Kasih.




Friday, August 12, 2011

HemoHemoHemo~ XD

Assalamualaikum.


Sedang bermonyok-monyok sebab ketensionan yang melanda, bukak-bukak je blogspot, tiba-tiba kesengihan pulak yang melanda ;D (ok,loghat apa ni? =.=")






*TADAAAAAAAAA*




Dear Budak Kampung, saya speechless =.= huhu. Izinkan saya bertanya, berapa lamakah masa yang anda ambil untuk menyiapkan masterpiece ini? Kekaguman sungguh saya rasanya ini :D Sampai pun dah ayat tunggang langgang ini =.=" Paling suka part bibir dan hidung lukisan itu >.< Sudikah kiranya budak kampung mengambil saya sebagai anak murid untuk mempelajari cara-cara melukis hidung? Al-maklumlah...errr...=.=" hehe


Bertambah kagum bilamana hasil lukisan kat atas ni dicipta oleh seorang lelaki :O Whoaahhh~ Syabash bete >.< Memang sangat cantik! Terima Kasih jugak sudi sain otograf kat lukisan tu ^_^ Lepas ni nak jual! Hehe..taklah ;D nak print+framekan..(lepas tu jual) ngehngehngeh~


Terima Kasih banyak jugak buat kawan-kawan semua yang sudi trade doodles anda yang superb cute tu dengan saya ^_^ Wajib tersengih-sengih tiap kali tengok doodles anda tau ;D Nanti bila saya free, saya open doodle trade lagi hokeh ;)



Bila Masalah Emosi Melanda

:'(:


p/s : I'm sorry kawan-kawan, doodle trade is closed. Agak busy dan fikiran terganggu sedikit baru-baru ini. Maaf ye. Bagi yang dah buatkan tu, terima kasih. Nanad buat nanti, tapi maybe lambat sikit. Maaf ya.


Thursday, August 11, 2011

Doodle Trade With Tengku Puteri & Nadeeya

Assalamualaikum.


Hari ni sangat penat T^T Siang pergi medical check-up, petang siapkan tempahan doodle yang semakin bertambah-tambah (Alhamdulillah :D) malam pulak tolong Mem Besar buat kuih. Tak apa lah, bukan selalu ;D Tak sempat nak blogwalking ke belog kawan-kawan. Maap ye ^_^"


Tadi dapat satu comment dari kembar saya >.< Wahh!~ Teruja mak tauu! Bukan setakat kembar pada nama. Ada satu lagi kembar pada belog kami ;) Nak tau? Terjah belog beliau lekaih! Comel kan kekembaran kami? ^_^ Tak sangka taste kita sama..ngehngehngeh~


Masuk-masuk je belog beliau sudah tersengih sorang-sorang ^_^ Ada doodle trade untuk saya laa (terlompat-lompat kegedikan sebentar) Yang paling BEST sekali, lagi sekali saya dapat DUA doodle dari blogger yang baik hati ;) Alahai terharunyaaa~ >.< Terima kasih kembarku sayang, nanti nanad reply dua doodle jugak hokeh ;D







Petang tadi pulak dapat lagi DUA doodle dari blogger jugak..! Doodle special dari istana tuuu~ Khas dari Tengku Puteri :D Hemo-hemo-hemo ;D TADAAAA~




Ok, tidak. Tengku Puteri bergurau saja =.=" Saya yang gedik consider dua sebab dah ketagih dapat dua doodle..huhu.. TADAAAAA!~


Tengku Puteri ni doodler yang pakar dengan Photoscape. Siap ada kelas tuisyen dan students tersendiri tuuu~ Saya pun pakar photoscape jugak ;) Pakar guna printscreen je =.=" Yang lain hampeh tak reti guna. Ingat nak join kelas tuisyen Tengku Puteri jugak lah lepas ni ;D Hemo-hemo-hemo~


Terima Kasih Nadeeya & Tengku Puteri :D terharu saya. ngehngehngeh. Tunggu doodle saya tauuu ;) hehehe.. Ingat nak ikut Tengku Puteri jugaklah, stop doodle trade for a while. Banyak jugak tempahan yang perlu disettlekan. Harap mereka yang menempah banyak bersabar T^T Terlalu banyak kerja'an pulak sejak dua menjak ni.


Lagi dua minggu lebih nak raya. Lagi dua minggu lebih jugak saya dah nak sambung study ^_^ Tak sabarnyaa~ Rasanya lepas tu saya dah tak ambik tempahan kot. Mem Besar kata time cuti je boleh T^T And maybe lepas ni saya tak berdoodle lagi ;D Tak apa lah, doodle saya bukannya cantik pun kannn.. Ramai dah orang boleh buat doodle cantik-cantik sekarang ni kan? Takpa :) try step by step ^_^ Suka tengok ramai dah pandai buat doodle sekarang ni. Kipidapp okeh!~ ;D


Entah kenapa terpanjang pulak entry kali ni =.=" Okbai. Jangan lupa bangun sahur esok >.<




Perangai Blogger Versi Patrick Star

Assalamualaikum.





1. Bila Sign In Blogspot





2. Scroll posts blogger yang update entry baru





3. Baca entry lawak tak hengat





4. Baca entry 'sampah'





4. Bila dapat komen





5. Bila bilangan followers bertambah





6. Bila dapat message dari Mak Anon





7. Bila hilang follower





8. Blogspot error



Source : Tumblr