Friday, September 21, 2012

Kuatkan Semangat!



Sesungguhnya, hati ini terlalu lemah. Lemah dengan pujuk rayu syaitan yang seringkali buat aku jatuh dan tersungkur...lagi dan lagi... tapi aku tak akan pernah berputus asa..untuk terus bangkit..lagi dan lagi :') InsyaAllah.


p/s : Subjek-subjek untuk semester ni tough-tough belaka :( tak ada masa nak bermain dan mendoodle lagi :'( maafkan saya kawan-kawan T.T


Mode : menghilangkan diri mencari identiti...




Friday, September 7, 2012

Hai! :)




Assalamualaikum.


Fuhhhhhhh!!!~
*Tiup-tiup habuk*


Lamanya tak update! Last update pun bulan puasa hari tu! Pejam celik pejam celik dua bulan setengah dah pun berlalu. Bermakna??? Bermakna harus lah saya kembali menjadi student setelah dua bulan lebih bersenang-lenang mengumpul lemak. hehe


Cepat hai balik! :P hehe. Dah lama sangat tak mendoodle ni. Sejak bulan puasa hari tu jugak =,=" Sebab-musababnya laptop telah diserang virus dan peluang sangat tipis untuk selamat T.T ergh..hanya mampu berserah dan redha.


Makanya nanad tidak dapat mengambil sebarang doodle order dalam waktu terdekat ni kerana laptop masih dalam ICU T.T maafkan saya... Doodle kat atas tu lukis guna paintsai, curik-curik install dalam pc abang, lepas ni nak kena uninstall balik sebelum kena marah dengan beliau..huhu


So, minggu depan dah start semester baru bagi student degree macam saya :D Macam biasa lah bila dah nak mula sem ni macam-macam azam baru tersemat dalam jiwa dan raga ni ;) Bagus lah tu, sekurang-kurangnya kita ada cita-cita ye dak? ;D Mesti semangat!


Oh ya, sekarang ni nanad macam lebih suka lepak di twitter (@nanadhasnan) daripada facebook ^_^ So, kawan-kawan yang suka share tweet-tweet berilmu dan bermanfaat tu bagitau lah, nanti nanad follow ;D Al-maklumlah, masih newbie, still blurr dengan selok-belok twitter ni.


Okay, kena sambung packing-packing barang T.T Doakan laptop boleh cepat sembuh dan boleh berada dalam dakapanku semula untuk sambung mendoodle. :) Salam, have a blessed jumaah ^_^



Tuesday, July 31, 2012

Aku Yang Penuh Dosa




Assalamualaikum.





"Berapa kali pun aku terjatuh, aku akan tetap kembali bangun. Aku hidup bukan semata-mata cinta manusia tapi keutamaanku adalah cinta Illahi. Berapa kali pun, aku menyendiri memencilkan diri kesedihan, aku tetap ingin ceria kembali menggenggam cinta Illahi. Sungguh, aku tak mampu hidup tanpa cinta-Nya. Biar pun aku bukan orang suci kerana terpalit dosa & noda, aku tetap ingin mencintai DIA."
via [Dr Cinta]



Thursday, July 26, 2012

Tanah Kubur




Assalamualaikum.


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas :')

Cepat sungguh masa berlalu. Diam tak diam kita dah memasuki Ramadhan ketujuh. Apakah? =..=" Terasa macam sikit sangat sangat dan SANGAT amalan yang telah dilakukan sepanjang Ramadhan ini T.T Allahu Rabbi, ampunkanlah hambaMu ini...


Untuk tidak jadikan Ramadhan ini berlalu dengan sia-sia seperti tahun-tahun lalu, saya cuba dan terus mencuba dari hari ke hari untuk menyusun masa dengan sebijaksana mungkin dan kini masih mencuba :')


Imam Malik bin Anas menangis ketika hendak berbuka puasa. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata:
"Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah s.a.w. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku cuma sedikit."

Astaghfirullahal'azim T.T

Kadang-kadang (bukan kadang-kadang tapi SELALU) rasa malas tu datang tanpa diundang lalu diri ini pun melayan sifat MALAS yang bagaikan cancer meresap-resap ke seluruh badan dan menyeru diri ini untuk terus bermalas-malasan. Solusi terbaik untuk 'beribadah' sambil bermalasan adalah menonton TV Al-Hijrah :D dan juga ASTRO OASIS :D Sambil bermalas, sambil mendapat input, belajar 30 minit bersama Ustaz Don mahupun berzikir ^_^


Buat masa ni tak pernah miss cerita Tanah Kubur. Walaupun tayangan ulangan tapi tak jemu tengok. Banyak iktibar kita boleh dapat dari cerita sebegitu. Paling terkesan dengan dialog wajib Nasir Bilal Khan, "Ini semua bahagian masing-masing." Nauzubillah min zalik T.T



Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1.Hendaklah ia menjaga solatnya.

2.Hendaklah dia rajin bersedekah.

3.Hendaklah dia rajin membaca al-Quran.

4.Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.


Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :

1. Jangan berdusta.

2. Jangan mengkhianati.

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).

4. Jangan kencing sambil berdiri.



Yuk! Kita practice dari sekarang ;D InsyaAllah.


p/s : Mungkin cerita Tanah Kubur patut buat 'bahagian' bagi mereka yang beriman kepada Allah pulak supaya kita boleh berebut-berebut beribadah kepadaNya. :')




Monday, July 23, 2012

Bulan Ramadhan-Bulan Perubahan



Assalamualaikum.


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas :')
Hari ini sudah masuk Ramadhan ketiga ^_^ harap semua sihat-sihat belaka hendaknya.


MUJAHADAH... Satu perkataan yang boleh dikatakan masih baru dalam kamus hidupku yang penuh hina ini T.T Mujahadah bermaksud berusaha bersungguh-sungguh untuk melawan dan menundukkan kehendak nafsu. Kehendak nafsu itu boleh dipecahkan kepada banyak cabang, nafsu makan, nafsu shopping, nafsu dalam melakukan perkara yang sia-sia dan macam-macam lagi.


Sememangnya mujahadah ini tersangat pahit kerana kita perlu meninggalkan segala perkara duniawi yang dicintai (tetapi melalaikan) demi mendapatkan cinta yang hakiki iaitu cinta Rabbul 'alamin. Bagi insan hina seperti aku yang mempunyai iman senipis kulit bawang, terkadang (bukan terkadang tapi terselalu) leka, lalai, alpa, dan asyik mengikut nafsu sahaja dalam apa-apa perkara. Maka Ramadhan kali ini aku berazam untuk mengambil 'baby step' sedikit demi sedikit buang sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri ini. Mampukah aku? Aku sendiri tak yakin dengan kemampuan diri ini T.T tapi satu benda aku percaya, 'Mujahadah itu pahit kerana Syurga itu manis' :')



Jom kita cuba sama-sama ^_^ Siapa tahu, mungkin ini Ramadhan terakhir kita? Bak kata seorang teman, bulan Ramadhan adalah waktu terbaik untuk berubah kerana kita hanya berperang dengan nafsu sendiri tanpa ada gangguan dan hasutan syaitan. Sudah tiba masanya kita buat 'surprise' kepada syaitan apabila mereka dilepaskan ikatan selepas bulan Ramadhan. Pastikan mereka 'terkejut' dan kecewa melihat perubahan iman dan taqwa kita, InsyaAllah :)




Saturday, July 21, 2012

Let's Purify Our Intentions



Assalamualaikum.


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas :)
Terasa nak share video terbaru MatLuthfi yang memang tak pernah mengecewakan lah ;)
Salam 1 Ramadhan
^_^




"Lagipun kita berpuasa ni bukan sebab orang lain, bukan sebab awek apa, kita beribadat untuk tuhan kita. Sambil tu kita menyelamilah penderitaan orang-orang yang tak bernasib baik"

*part main tennis tu lawak* XD


P.U.A.S.A. = (P)eringatan (U)ntuk (A)wak (S)aya & (A)nda semua untuk menahan diri daripada makan & minum & perkara-perkara yg membatalkan puasa :D


Amalan waktu siang



Amalan waktu malam





Wednesday, July 18, 2012

Gantikanlah.



Assalamualaikum.


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas :)




Percayalah,
ALLAH tidak jauhkan seseorang yang disayangi dari kita melainkan untuk dekatkan diri kita padaNya & insan pilihanNya yang lebih baik.
:')



Monday, July 16, 2012

Cactus Berduri



Assalamualaikum.



Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas :)

"Duhai muslimah,
Jadilah seperti cactus,
cantik dilihat
tapi bahaya untuk disentuh
dek durinya yang tajam,
dan...
Jadilah setabah cactus,
biarpun bersendirian
di tengah-tengah gurun yg panas
namun tetap teguh
hidup berdiri."





Saturday, July 14, 2012

Buat Muslimah - Part 2



Assalamualaikum.


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas :)
JOM dengar & tengok video ni dulu ^_^




Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

SubhanAllah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
Busanamu menutup rapi
Auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan ikutan sejati

SubhanAllah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
Memandangmu menyejuk hati
Menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
Dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Busanamu menutup rapi
Auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati



Waktu first time dengar lagu ni, speechless terus >.< INDAH banget! MasyaAllah :') Dah seminggu lagu ni keep on playing tiap kali mengadap internet. Memang tak akan jemu dengar, trust me ;) Ketinggalan betul diri ini sebab baru discover lagu ni T.T orang lain siap dah hafal agaknya..huhu..


Liriknya mendalam dan secara tak langsung seperti menyuruh diri ini berubah dan memperbaiki diri yang serba kekurangan ini. Akan kucuba, InsyaAllah :')






Thursday, July 12, 2012

See No Evil | Speak No Evil | Hear No Evil



Assalamualaikum.




Ramadhan semakin menghampiri. Apa persiapan anda? :D




Monday, July 2, 2012

Sebarkan Bahagia~



Assalamualaikum.


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas :) Sekarang ni Shah Alam Convention Center ada pesta buku, maka tanpa berlengah kami adik-beradik menerjah ke sana untuk memborong apa-apa yang patut. Alhamdulillah, PUAS sebab buku yang dicari-cari selama ni dapat juga kumiliki..hemohemo ;D


[CINTA HIGH CLASS]


Lepas baca novel karya Fatimah Syarha bertajuk 'Seindah Mawar Berduri' & 'Tautan Hati', terus terjatuh cinta dengan tulisan Fatimah Syarha. Terus bukak Youtube download semua ceramah motivasi beliau.





Alahaiii...lembutnyaaa cara beliau menasihati remaja-remaja seperti aku yang hanyut dengan keseronokan duniawi dan dahagakan tazkirah berterusan. Ibarat seorang kakak yang menasihati adiknya. Tengok berulang-ulang kali pun tak pernah rasa bosan.




"AWAS! Jangan dekat! Jika mahu, dapatkan secara terhormat." ayat POWER dari Ustazah Fatimah Syarha yang akan kusemat di dalam hati ini sampai bila-bila, InsyaAllah :')



Thursday, June 28, 2012

Wake Up Call.



Assalamualaikum.


Sebenarnya aku tidak pernah memikirkan dan menjangkakan aku akan merasai semua ini. Sering aku tertanya-tanya kenapa aku yang dipilih untuk merasainya. Apakah istimewanya aku sehingga menjadi pilihan untuk dibawa ke jalan ini.


Bila melihat diri ini, aku melihat diriku sedalam-dalamnya. Layakkah aku? Aku insan biasa yang sangat biasa. Aku tidak sempurna. Sangat tidak sempurna. Ya Allah, kenapa Engkau begitu menyayangi aku, sedangkan aku di sepanjang kehidupan ini tidak berbuat apa-apa pun demi agama-Mu. Kenapa Engkau memilih untuk menyelamatkan aku? Sedangkan aku sebelum ini tidak berusaha untuk mendalami agama-Mu.


Pada satu saat diri bersendiri, teringat pada kalamNya yang bermaksud:-


"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.""
(surah Ali-Imran: Ayat 133)


Dalam sujud aku menangis tanda kesyukuran dan rasa malu kepada Penciptaku. Dalam sujud aku memohon kemaafan pada Sang Pencipta. Terdetik di hati ini, walau bagaimanapun kekurangan yang ku rasai, aku masih seorang manusia ciptaan-Nya yang Maha Agung. Begitu tidak patut untuk aku menghina diri sendiri yang merupakan salah satu ciptaan dari-Nya yang maha Esa. Dari rasa itu aku bangkit. Bangkit sebagai seorang aku yang baru.


Dalam hati aku yakini.. "Pertolongan-Nya tidak pernah terhenti!.. "





Namun, adakalanya aku merasa seperti seorang yang baru dilahirkan. Aku seperti bermula dari kosong. Terbit rasa jauh ketinggalan dan kadang kala rasa malu. Betapa ceteknya ilmu di dadaku, betapa aku tidak mengenali-Nya dan mendalami ilmu-Nya. Aku seakan-akan ingin berlari dan bersembunyi daripada orang yang sudah berada jauh di hadapanku.


Dan kubisikkan lagi...


"Pertolongan dari Allah tidak pernah terhenti. Allah mengurniakan hamba-Nya yang tak jemu-jemu membantuku yang serba tidak tahu ini. Allah memberi kekuatan kepada orang yang terdekat denganku untuk tidak pernah lelah meminjamkan semangatnya kepadaku. Dari situ aku mula merangkak, kemudian ku cuba untuk berdiri. Walaupun kadangkala aku jatuh beberapa kali, tapi kali itu jualah aku lebih berusaha untuk cepat bangkit."


Jujur, semua ini tidak mudah untukku. Memerlukan pengorbanan demi pengorbanan yang kadangkala mencarik-carik hati dan perasaanku.


Di jalan ini...


Aku seakan-akan merasai perasaan jatuh cinta kali pertama. Jatuh cinta dengan Penciptaku. Jatuh cinta untuk berjuang demi agama tercintaku. Jatuh cinta untuk terus kuat.. Walaupun jalan ini tidak mudah, tetapi dari jalan ini aku membina kekuatan. Dan dari jalan ini juga aku memperoleh kematangan.



Kini, aku sudah mampu untuk berdiri dan akan terus melangkah. Aku berharap selepas ini aku bukan sahaja mampu berdiri tapi mampu untuk terus berlari di jalan ini. Ke sesuatu destinasi yang lebih besar dalam kehidupanku. Suatu perjuangan yang memerlukan pengorbanan. Aku harus bersedia. Ya, akan sentiasa bersedia.


Terima kasih kepada yang tidak lelah meminjamkan semangatnya kepadaku. Semoga apa yang bakal aku lalui di hari-hari mendatang dapat membawa manfaat kepada diriku dan isi dunia ini. Semuanya ku lakukan demi Dia Rabb ku yang tercinta. Di akhir pengharapan, aku berharap agar aku, dia dan semua akan bertemu hingga ke syurga sana.


Apa yang pasti.. Terima kasih kepadaNya. Atas kurniaan ini, kerana DIA aku masih berada di jalan ini...


Sumber : Artikel iluvislam




Thursday, May 17, 2012

Hadiah Hari Jadi Yang Terbaik Dari-Nya :')



Assalamualaikum.


Kesedihan tak akan abadi. Maka tersenyumlah wahai diri, roda kehidupan selalunya berputar ada kalanya bahagia terasa, sedih merintih juga air mata. Tapi tahukan engkau, ada Allah Azza Wa Jalla yang selalu menatapmu lembut yang paling tahu apa yang terbaik untukmu. Allah Azza Wa Jalla memberi apa yang kamu butuhkan bukan apa yang kamu inginkan.


Maka tersenyumlah wahai diri, semua yang terjadi juga karena kehendak-Nya, semua berjalan atas rencana-Nya. Ilmu-Nya meliputi segalanya dan kau tak mungkin menjangkaunya. Jadi untuk apa resah untuk sesuatu yang belum pasti kejadiannya. Bukankah janji-janji-Nya itu pasti, Allah Azza Wa Jalla Maha Mengetahui.


Ada Allah Azza Wa Jalla yang selalu Maha Memberi, dan Allah memberika kepadamu segala apa yang kau mohonkan pada-Nya. Dan jika kau mampu menghitung nikmat-Nya, maka tak ada alasan bagimu untuk mengeluh atas apa yang saat ini Allah berikan.


Hidup selalu berjalan meski terkadang hati tak menginginkan, yang dicinta akan pergi, yang didamba akan hilang. Maka dekatkanlah dirimu dengan-Nya karena Allah Azza Wa Jalla yang Maha Kekal.


Seorang hamba akan rapuh tanpa tuannya, begitu kita sebagai seorang hamba. Maka hanya pada-Nya lah kita pantas untuk menggantungkan segala asa dan harapan. Karena Allah Azza Wa Jalla Maha Kuasa. Kau tak akan pernah kecewa.


Ini ujian dari-Nya, dan Allah tak kan menguji hamba-Nya melebihi batas kemampuan seorang hamba itu. Tapi bukankah manusia memang diuji, untuk mengetahui mana yang paling bertaqwa kepada-Nya, maka tetaplah istiqomah dijalan-Nya.


Masih banyak saudara-saudara kita diluar sana yang sedang diuji dengan kesakitan dan kegelisahan, selalu ada hikmah dibalik musibah, selalu ada kemudahan setelah kesulitan. Semua akan indah pada saatnya. Maka bersabarlah.


"Tersenyumlah wahai diri, semua yang terjadi akan berakhir dan kembali kepada-Nya"


[Oleh Admin_Coretan Pena Akhy Pelangi]



perjalanan aku masih jauh...



Thursday, April 12, 2012

FREEBIES FOR ALL



Assalamualaikum.


Maaf lah, tak sempat nak lukis yang baru -,- sempat tukar warna je. Harap suka freebies yang ala-ala power rangers ni >.< cepat-cepat pilih mana suka dan tekan right click and save terus ;D






Monday, April 9, 2012

Be Yourself Dear ^_^



Assalamualaikum




"Tak perlu meniru siapa-siapa untuk menjadi ohsem kerana dengan menjadi diri anda sendiri, anda sudah cukup ohsem. Percayalah!" :)



Saturday, March 31, 2012

Wajah Baru~



Assalamualaikum.


Pagi tadi bukak-bukak ja facebook page tiba-tiba terasa lain macam =.= ohh~ sudah sampai 31mac2012 rupanya. Secara rasminya semua fanpage akan bertukar kepada format timeline. huu~ rasa kurang best disitu T^T Tapi tak apa lah, alah bisa tegal biasa ^_^




Hehe..ada berita gembira ^_^ lepas ni kawan-kawan boleh lah hantar private message terus ke fanpage blog ni. Kalau nak order doodle, nak tanya tutorial doodle yang simple-simple, ataupun nak borak-borak, boleh lah KLIK butang itu :D




Sunday, March 25, 2012

Kerana Itulah Apa Yang Sering Saya Lakukan :'(



Assalamualaikum.





"Kadang-kadang menjaga hati orang lain di sekeliling kita itu lebih penting dari menjaga hati kita sendiri. Betul ke?"



Mood : Luka dalam hati :') tsk~




Saturday, March 17, 2012

YOSH!



Assalamualaikum.


Hmm..kadang-kadang, tak tentu pasal, tak kira masa, tiba-tiba terasa DOWN sangat-sangat. Terus buat semangat nak study jadi tawar dan lemau. Sampai kan satu masa pernah rasa macam nak give up terus! TAK NAK belajar dah! Rasa macam tak ada MASA DEPAN! Ya Allah T.T


Tapi bila fikir-fikir balik tentang cita-cita yang menggunung, harapan mama dan abah, tanggungjawab sebagai seorang manusia, terus set in mind.."AKU KENA KUAT!"


Pernah terdengar satu cerita ni, tak berapa ingat siapa yang cerita tapi cerita ni mengisahkan seorang pelajar ni, pelajar ni lemah sikit dalam pelajaran dia dengan kata lainnya lembab sikit nak faham dan ingat apa yang dia belajar. Tapi dia rajin berusaha, rajin sangat-sangat. Tapi dia tak pernah score dengan baik dalam quiz mahupun exam. Tapi dia tak pernah putus asa, dia tau dia lemah, so dia tetap usaha jugak. Tapi begitu lah, dia usaha banyak mana pun, hasilnya masih kurang memberangsangkan. Tapi dia tak pernah putus asa! Dia usaha lebih lagi! Akhirnya bila final exam menjelma, BOOM! dapat cgpa 3.80 terus.





Dengan berkat usaha yang tak pernah padam, dan sikap tak pernah putus asa, InsyaAllah, kejayaan itu pasti akan jadi milik kita. Jadi, kepada kawan-kawan yang bakal menempuh mid-sem test lagi 2-3 minggu ni, usaha kow-kow ok! Make sure bekalan carry marks mencukupi untuk final exam nanti. Jangan mengharap sepenuhnya pada final exam yang maha susah tu T.T


Pada adik-adik yang nak ambik result SPM hari rabu ni, GOOD LUCK! ^_^ Pada yang dapat flying colours tu, ucapan TAHNIAH diucapkan awal-awal. Pada yang belum ada rezeki tu, jangan bersedih sayang ;) ingat.. gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. ^_^


Ok =,=" panjangya post..perlu start buat tutorial sekarang. kbye, Salam :)



Friday, March 9, 2012

Pemilik Rusuk



Assalamualaikum.



Ada seorang teman rapat mengadu, beliau dalam kekecewaan yang teramat disebabkan seorang lelaki. Hmm.. Saya mengerti perasaan beliau, tapi saya tak tahu nak kata apa. Pakar cinta itu bukan saya =.=" Maka saya ringkaskan apa yang saya rasakan sesuai untuk situasi beliau sekarang ni..huhu..Harap beliau faham.


Btw, terjumpa quote ini di status seorang sahabat di facebook. Tak pasti dari mana sumber sebenar. Kepada, pemilik quote, maaf ya, pinjam tak minta izin. Quote awak best sangat ^_^



Friday, March 2, 2012

Kerana Wanita Begitu Berharga



Assalamualaikum.




[1] Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.


[2] Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.


[3] Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.


[4] Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.


[5] Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.


[6] Haram jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.


Sumber : Ustaz Azhar Idrus



Friday, February 24, 2012

Seminggu Sudah :D



Assalamualaikum.


Alhamdulillah :) Seminggu sudah berada di Perlis. Perlis sekarang tengah musim panas. Sangat-sangat PANAS! Tambah-tambah sekarang tengah musim para pesawah bakar rumput padi. Tapi kadang-kadang petang-petang hujan ^_^ NIKMAT~


Minggu pertama sudah dah start lecture. Minggu ni saja dah habis satu topic untuk tiga subjek =,=" Dan favourite subjek untuk sem ni adalah.........



ANATOMY & PHYSIOLOGY




Semangat betul siap dah start buat mind map tampal kat dinding depan meja study..err..tapi tu bukan mind map kan? =,=" siap kena ejek dengan rumet sebab tampal gambar 'lucah' depan meja study...apakah? T.T




Tak sama betul dengan yang original =,="



Sem ni kena banyak makan kismis sebab kebanyakan subjek perlukan daya ingatan yang tinggi untuk proses menghafal T.T Nampaknya proses mengupdate belog akan dijalankan sebanyak seminggu sekali sahaja lepas ni:(




Dalam seminggu tu sempat jugak siapkan satu order logo untuk satu blogshop yang menjual cupcake yang yummy-yummy and comel-comel belaka ^_^ Boleh terjah Blog Moma HomeBakery Online atau fanpage beliau dekat SINI :D



Thursday, February 16, 2012

Life Is Beautiful




Assalamualaikum.




"Hidup bukan mudah tapi hidup itu indah"




Wednesday, February 15, 2012

Chokie-Chokie Sudah Habis Bro T^T



Assalamualaikum.



Hari ni dah 15hb Februari rupanya. Lagi dua hari dah 18hb Februari. Dah kena balik ke penjara T.T Minggu depan dah 20hb Februari, dah start kelas T.T Kesimpulannya, ayuh kembali ke normal life sebagai seorang student yang duduk berjauhan dengan keluarga tercinta. (pfft..Perlis je pun =,=")




"Tak! Tak! Tak sedih pun! Cheeeeese~" =,="




Cuba menahan kesedihan dengan kegembiraan tapi ternyata enggak buleh! (tetiba terkeluar sinetron) Mungkin selepas ni belog ni akan kembali bersawang dan ditumbuhi lalang2 liar akibat tidak diupdate. T.T




Tuesday, February 14, 2012

La Tahzan :)



Assalamualaikum.






"Buat apa kita menghabiskan air mata dan membiarkan hati gelisah kerana bersedih? Serahkan sahaja semua itu sepenuhnya kepada Allah yang maha Mulia. Kerana jika hati sudah menjadi tenang maka jalan keluar pasti akan terbuka."




Monday, February 13, 2012

Ayuh Sama-Sama Kita Berdoa :'(



Assalamualaikum.


Di Syria:

- lelaki tua dan muda dibunuh
- wanita-wanita lemah dan kanak-kanak dibunuh
- pejuang kebenaran digari dan dipijak-pijak, dipukul, ditumbuk ditendang sesuka hati.
- kebenaran dinafikan, hak bersuara cuba dihapuskan
- melawan akan dihukum, lantas dibunuh!
- yang kaya berkuasa, yang memimpin nak terus memimpin walau zalim.







Setelah Keletihan Menari Ombak Windu =,="



Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Satu patah perkataan itu sahaja yang mampu diucapkan. Meski keputusan exam agak tidak memberangsangkan. Nak buat macam mana, sudah usahanya pun tidak cukup memberangsangkan. Bersyukur dan redha sahajalah sebab tidak perlu repeat mana-mana paper, Alhamdulillah. Perlu usaha lebih semester depan >.<


Tapi...itulah...semangat yang berkobar-kobar ni selalunya sat je berkobarnya. Tak pernah nak istiqamah, dari time UPSR dulu sampai lah la ni nak amik degree. Tapi tak apa lah. Sedang ia berkobar-kobar dengan penuh semangat tu, kita nikmati ja lah dan berdoa semoga ia berkekalan sampai grad. Amin :)


Photobucket