Sunday, July 31, 2011

My Favourite Doodler ^_^

Assalamualaikum.


Honestly, dulu kecik-kecik tak pernah suka pun melukis-lukis ni. Lukis apa-apa pun mesti failed dengan cemerlang T^T" Selalu jealous dengan kawan-kawan yang pandai lukis anime comey-comey. Jealous dan meluat, teruk betul =.=" Sampai pangkah cerita Slam Dunk sebab benci tengok apa-apa yang berkaitan dengan lukis-lukis ni. Tapi cite Doreamon and Shin Chan on seperti biasa :D ngehngeh


Saya adalah seorang penagih Tumblr. Hari-hari pun mesti nak reblog sekurang-kurangnya 17 post =.=" iyeke 17? Entah lah tak kira pun. Tumblr memang macam dunia Narnia yang mekhayalkan serta melalaikan. Dekat Tumblr juga banyak doodle ;) Banyak gilos oo.. Macam-macam bentuk dan corak. Tapi kebanyakan doodler dekat Tumblr adalah doodler Philiphine. Bayangkan, budak umur 7 tahun pun ada tumblr dan doodle beliau...(speechless)


Bila tengok doodle-doodle yang comey-momey rasa nak picit-picit sampai pecah tu, rasa tak puas hati pulak =.=" Tiba-tiba terasa nak try jugak walaupun diri ni langsung tak ada bakat T^T First try memang sangat huduh nak arwah. Malu nak tunjuk =.=" Then selongkar tutorial dekat Youtube, Tumblr, Belog, etc. Banyak kali fail tapi tak kira, nak jugak try sampai dapat. Lama-lama dah boleh aplikasi adobe dan paint sai ok-ok lah sikit, sampai lah sekarang ^_^


Dalam banyak-banyak doodler dekat Tumblr tu, saya paling adore dengan sayadoodle.com , doodler from Malaysia. Doodle beliau memang selalu buat saya rasa tertekan. Tertekan sebab geram rasa nak cubit-cubit, eeee comel sangat!



one of my FAV :D



Setiap hari tunggu beliau update tumblr ^_^



Maaf Teman, Kerana Memenuhi News Feedmu.

Assalamualaikum.



Pasti anda semua yang suka ping-ping entry ni pun mengalami benda yang sama bukan? Rasa segan nak ping entry banyak-banyak lagi bukan? Rasa macam nak remove je semua friends yang complaints sebab entry-entry yang kita ping tu memenuhkan home news feed mereka bukan? Apa? Tak bukan? OH, mungkin saya seorang saja yang berperasaan begitu =.="


Cara saya mengatasi masalah ini (eceyh terpoyo pula =.=") ialah dengan...dengan...membuka account facebook baru khas untuk ping entry dan berkawan dengan para bloggers sahaja. Terpaksa =.=" Kalau tak nanti tak pasal-pasal diremove oleh kawan-kawan baik di facebook pertama. Cara anda bagaimana pula?


p/s : credit to status sis Alya ^_^



Saturday, July 30, 2011

Alhamdulillah.

Assalamualaikum.


Seronok baca entry-entry anda yang bertajuk "Dear Nanad, Nak Doodle FREE!". Hehe, macam-macam lah korang ni. Tersengih-sengih sorang-sorang depan laptop saya jadinya =.=" huhu.. Terima Kasih ye sudi bagi sokongan ^_^ Rasa macam nak buatkan doodle untuk semua yang join je, boleh tak? ;D Maaf tak sempat komen, sebab tengok cepat-cepat. Nanti saya akan komen semua entry-entry anda tu ok? :D


Alhamdulillah, rezeki Ramadhan :) ada tempahan masuk walaupun baru mula berjinak-jinak, terima kasih tak terhingga ^_^ Maaf ya, buat masa ni request tidak dibuka, tapi anda boleh cuba nasib dekat SINI. Tapi kalau nak tempah, boleh juga ;D Saya buka untuk tempahan header dan doodle sahaja. Harga boleh runding ^_^ Bergantung kepada keikhlasan anda. Doodle saya biasa-biasa saja, tak berani nak letak harga mahal-mahal. Kalau berminat, boleh IM saya di SINI atau di SINI. Berapa banyak di SINI daa~ =.=" Ataupun boleh email saya di nanadhasnan@yahoo.com ^_^


Hoyeah!~ Saya dapat doodle lah :D Seronok gilos lah! Comel dan jelita pulak tuh. ngehngehngeh.. Terima Kasih pada Doodlelicious dan Merahitujambu sebab sudi buatkan doodle comel dan jelita ni untuk saya ^_^ sukasukasuka!!!










Friday, July 29, 2011

Doodle Request For Nanakimie :D

Assalamualaikum.



Doodle for Nanakimie




I'm sorry nanakimie sebab tak dapat buat teddy bear as you requested :( Tapi saya dah gantikan dengan Hello Kitty kat baju tu :) Hope you like it?




p/s : Yeayh! Seronoknya! Dah ada orang tempah lah :D
p/s/s : pst~ kalau ada sesiapa nak tempah, boleh inform saya dekat fanpage Belog Nanad Hasnan ;D




Special Doodle Request From MerahItuJambu :D

Assalamualaikum.





Ini adalah special request, hanya orang terpilih ja boleh dapat :P ehe, tak ada lah. Cik MerahItuJambu ni sama macam saya lah, obses dengan PINK. So, tadaa~ Hope you like it! ;D



terima kasih :')



p/s : Nak doodle jugak tak? Meh, usha SINI :D

p/s/s : sedang bertungkus-lumus menyiapkan request terdahulu.





Thursday, July 28, 2011

Orang Singapura Ni Lemah Lembut Rupanya..duhh~

Selisih bahu sikit malah jatuh terguling-guling.. Aww~



Doodle Request for Umie :D


Assalamualaikum.





Request seterusnya adalah from Umie si Gangster yang Cute ;) ngehngeh.. Tak tau Umie nak doodle yang macam mana, pergi usha belog Umie nampak banyak colour black and white =.= So, saya assume Umie suka colour black and white lah :D ngehngeh lagi sekali. Hope Cik Umie yang gangster tapi cute berkenan lah dengan doodle tak seberapa tu. ;) Hari ni bersemangat nak settlekan semua request! (^_^)y


p/s : Terima kasih kepada anda-anda yang sudi bagi idea untuk harga doodle ni kalau nak buat tempahan. Heh, rasanya doodle saya ni murah je kot ;D sebab ia biasa-biasa aja :) Terima kasih sudi singgah dan komen ^_^



Doodle Request for Clara :D

Assalamualaikum.






Pertama sekali nak mintak maap kat Cik adik Clara sebab tak follow betul-betul request yang direquest. Ayoyo, manyak mintak maap T^T Terlupa nak lukis tshirt. Mula-mula sebelum start lukis dah baca dah comment Clara kat bawah ni.





Entah mengapa terlebih syok sendiri tersilap tang sweater dan tshirt. Cik adik Clara kata tak ada sweater yang tak apa, tapi tersalah faham terbuat tak ada tshirt pula. Dah save semua baru perasan. Harap bisa dimaapkan. And lagi satu, harap Cik adik Clara tidak kisah dengan hood yang sedikit mencacatkan doodle tu T^T.



p/s : soalan cepumas=kalau anda berniat nak tempah doodle saya, agak-agak anda nak bayar berapa? ;) cuma mintak pandangan, belum terasa nak jual lagi.hehe.





Wednesday, July 27, 2011

JOM DOODLE ART TRADE


Assalamualaikum.



Doodle Art Trade with Doodlelicious









Ada Ke Orang Yang Nak Beli?

Assalamualaikum.



Ada beberapa teman yang dah mula bertanya,

"Berapa harganya?"

Ada juga sahabat yang beri pandangan,

"Why not buat business dengan benda ni?"

Persoalannya sekarang,

"Ada ke orang yang nak beli?"

p/s : Doodle saya biasa-biasa aja. Tak sehebat doodle-doodle yang super cute kat luar sana. Rasa segan la nak letak harga kat doodle yang tak seberapa ni =.=" Ada ke orang yang nak beli?




Doodle request from Cik Aimi Adilah



Tuesday, July 26, 2011

Menjelang Ramadhan


Assalamualaikum.





"Nama saya Sya'ban, Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya, Ramadhan akan datang mengunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya, Rezeki dan 2 orang anaknya, Sahur dan Iftaar(berbuka puasa). Mereka ditemani 3 cucunya, Rahmat, Keampunan dan Barakah.Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan pesawat Eid Fitri airlines.Hargai mereka & anda akan mendapat berkat."




Jangan Mentertawakan Header Baru Saya =.="

Assalamualaikum.




One word, CACAT kan???



Ngaaaa~ Macam mana boleh terlupa nak lukis hidung nii (TAT) Comel tak tudung raya? Apa? Tak comel? Ok..fine =.=" huuu~


p/s : satu kiss untuk anda setiap kali view Belog ni ;) Eleh, suka lah tu :P



Monday, July 25, 2011

Doodle Gift

Assalamualaikum.



Doodle Gift untuk 10 likers pertama Belog Nanad Hasnan





and more gifts await :D




ok, tu je nak habaq :P




p/s : entry ini penuh makna tersirat ;)


Sunday, July 24, 2011

Apekebendakah Ini? =.="

Assalamualaikum.


Musykil. Sangat musykil di sini. Tiba-tiba je ia wujud. Saya pun tak menyedari kehadirannya. Bagaimana? Bagaimana ia boleh wujud? Tolong jangan persoalkannya di sini. Kalau benar-benar ingin tahu, sudi-sudi kan lah diri mu memicit LIKE button. Hemo Hemo.





Kalau ada apa-apa hal boleh contact saya di fan page ini :)



Kepada 15 Pengomen Yang Terawal Semalam (Doodle Request)

Assalamualaikum.



I'm sorry about the title =.=" Entah kenapa tiba-tiba ketiadaan perkataan pula tengah hari ni. Terlalu excited barangkali. Huhu. Ok, merujuk entry semalam, saya open for 5 earliest commentars tapi entah kenapa mood baik saya muncul untuk menambah bilangan commentars kepada 15! Hoyeah! Hoyeah! ;D


Saya pun tak sabar nak lukis doodles untuk awak semua tapi kan tapi kan.. Hmm.. Otak tengah kosong ni, tak tau nak lukis apa. So, why not anda-anda pengomen yang terlist di bawah ini tulis di ruangan komen ciri-ciri doodle yang anda nak. Okay?








Excited sebab tak sangka ramai yang request and suka. Hehe. Sampai comment yang tak ada perkataan nak pun saya accept ;) Maybe akan open more request lepas ni ;D





Menambah keterujaan bila Doodlelicious yang sememangnya doodler yang superb nak buat doodle trade :D Hoyeah! Hoyeah! Nak! Nak! Hehe..



#2 Doodle Request For Free [CLOSED]


Assalamualaikum.






Limited to FIRST FIVE COMMENTORS. JANGAN LUPA TULIS NAK! :D



Saturday, July 23, 2011

Kenapa Perlu Bergaduh Universiti Siapa Yang Paling Hebat?

Assalamualaikum.














Tadi blogwalking satu website yang up entry pasal ranking universiti dalam Malaysia. Sedih, pasal ranking pun boleh jadi gaduh. Macam budak-budak yang ada mainan baru then berlagak dekat anak jiran sebelah yang tak ada mainan baru buat muka seposen. Malas nak printscreen comment-comment yang berunsur riak dan takkabur yang melampau. Comment-comment kat atas ni antara comment yang bernas dan membina.


Dekat facebook pun sama, ada je manusia yang tak habis-habis nak show off pasal unversiti masing-masing. Tau lah universiti awak tu TOP. Budak 4flat je boleh apply kan. Please lah, daftar pun belum dah nak show off lebih-lebih. Bukan nak dengki, cemburu, jealous, etc.. Tapi cuba lah fikir, perangai show off kome yang tak tentu pasal macam tu buat orang lain meluat je tau.


Kalau nak bangga tu boleh, bangga sorang-sorang ataupun dengan golongan yang seperangai macam kome-kome tu. Jangan lah buat orang lain rasa down and tak ada semangat nak sambung belajar bila tau universiti yang diorang dapat tu tak seTOP universiti kome. Tak dinafikan yang ranking sebegini ada baiknya untuk pelajar-pelajar sekolah supaya diorang lebih bersemangat nak belajar untuk masuk universiti yang TOP. Tapi tengoklah, tak sangka segelintir student universiti TOP berperangai macam..hmm..kome pikir lah sendiri :)




THE BEST!

Two Doodle Request...Done! :)

Assalamualaikum.


So, ini adalah baki doodle request hari itu tapi lambat sikit update sebab balik kampung hari Khamis lepas. Hehe, baru ada chance nak online. Apa lagi, nak blogwalking ke belog-belog anda sekarang~! Sebelum tu, ini dia doodle..








Harap anda berdua suka lah ;D Time to blogwalking yeeehaaaaa~~!

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #7 : Ramadhan.

Tuesday, July 19, 2011

Three Request Done!


Assalamualaikum.


First of all, nak mintak manyak-manyak sorry kepada mereka-mereka yang terlewat sedikit untuk comment/request dekat entry sebelum ni. InsyaAllah, next week saya akan open request lagi ^_^ maybe more than three!


So, ini dia first comment/request!




Tadaa~ Nampak macam muka budak-budak tak? Silakan ambil doodle ini dan buat hak milik sendiri ^_^ Sorry jika anda tidak berkenan. Ini saja yang saya mampu ;) huhu





Ini pula second comment/request!




Tadaa~ Rambut doodle ni ala-ala rambut sis marya hana sikit. Silakan ambil doodle ini dan buat hak milik sendiri ^_^ Sorry jika anda tidak berkenan. Ini saja yang saya mampu ;) hehe





Untuk third request ini, saya proceed kepada comment keenam yang ada perkataan nak. Sebab, kalau tak ada perkataan nak, saya consider dia tak nak. Hehe, boleh tak macam tu?




Tadaa~ Hope doodle ni menepati request anda. Silakan ambil doodle ini dan buat hak milik sendiri ^_^ Sorry jika anda tidak berkenan. Ini saja yang saya mampu ;) hoho





Tiba-tiba termood baik and rajin nak buatkan doodle request daripada pengomen yang keempat dan kelima ^_^ Doodle anda on the way ;D




Monday, July 18, 2011

#1 Doodle Request For FREE! [CLOSED]


Assalamualaikum.

Okay, disebabkan ada beberapa orang yang request doodle, tiba-tiba terasa baik hati untuk buatkan doodle untuk readers belog picisan ni. Tapi tak boleh lah nak buat sekali banyak. Hehe. Takut tak terbuat pulak. So, saya open for three request dulu to first three person yang comment entry ni. Jangan lupa cakap nak! Kalau ada sambutan, InsyaAllah, minggu depan akan open request lagi :)


Anda boleh tulis description doodle yang anda nak dalam comment box :) Saya akan try lukis ikut request anda. Kat bawah ni ada contoh-contoh doodle yang saya lukis. Sorry, doodle biasa-biasa aja ;)




Contoh doodle couple request daripada seorang kawan. Tapi kurang chomey sebab terlukis jauh pulak =.="



yang ini pulak header untuk belog saya dan bff..he,tuan belog ada empat orang so kene lah lukis 4 doodle
contoh doodle lelaki. cacat banyak T^T



buat masa ni saya masih FAIL lukis doodle muslimah =.=" tapi kalau nak request juga, boleh ja, i'll try my best! ;D


So,ada ke orang nak request?
hehe