Monday, July 23, 2012

Bulan Ramadhan-Bulan Perubahan



Assalamualaikum.


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas :')
Hari ini sudah masuk Ramadhan ketiga ^_^ harap semua sihat-sihat belaka hendaknya.


MUJAHADAH... Satu perkataan yang boleh dikatakan masih baru dalam kamus hidupku yang penuh hina ini T.T Mujahadah bermaksud berusaha bersungguh-sungguh untuk melawan dan menundukkan kehendak nafsu. Kehendak nafsu itu boleh dipecahkan kepada banyak cabang, nafsu makan, nafsu shopping, nafsu dalam melakukan perkara yang sia-sia dan macam-macam lagi.


Sememangnya mujahadah ini tersangat pahit kerana kita perlu meninggalkan segala perkara duniawi yang dicintai (tetapi melalaikan) demi mendapatkan cinta yang hakiki iaitu cinta Rabbul 'alamin. Bagi insan hina seperti aku yang mempunyai iman senipis kulit bawang, terkadang (bukan terkadang tapi terselalu) leka, lalai, alpa, dan asyik mengikut nafsu sahaja dalam apa-apa perkara. Maka Ramadhan kali ini aku berazam untuk mengambil 'baby step' sedikit demi sedikit buang sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri ini. Mampukah aku? Aku sendiri tak yakin dengan kemampuan diri ini T.T tapi satu benda aku percaya, 'Mujahadah itu pahit kerana Syurga itu manis' :')



Jom kita cuba sama-sama ^_^ Siapa tahu, mungkin ini Ramadhan terakhir kita? Bak kata seorang teman, bulan Ramadhan adalah waktu terbaik untuk berubah kerana kita hanya berperang dengan nafsu sendiri tanpa ada gangguan dan hasutan syaitan. Sudah tiba masanya kita buat 'surprise' kepada syaitan apabila mereka dilepaskan ikatan selepas bulan Ramadhan. Pastikan mereka 'terkejut' dan kecewa melihat perubahan iman dan taqwa kita, InsyaAllah :)




8 comments:

  1. InsyaALLAH..sama2 kita melawan nafsu kita..btw,doodle tu comel :)

    ReplyDelete
  2. sama2 kita maximise kan ibadah dlm bulan mulia ini ;)

    ReplyDelete
  3. sama2 kita maximise kan ibadah dlm bulan mulia ini ;)

    ReplyDelete
  4. jom bykkan ibadat di bulan ramadhan ni :)

    ReplyDelete
  5. @Atiqah Wadiah InsyaAllah :') kita cuba perlahan-lahan ^_^

    ReplyDelete