Friday, September 21, 2012
Kuatkan Semangat!
Friday, September 7, 2012
Hai! :)
Tuesday, July 31, 2012
Aku Yang Penuh Dosa
"Berapa kali pun aku terjatuh, aku akan tetap kembali bangun. Aku hidup bukan semata-mata cinta manusia tapi keutamaanku adalah cinta Illahi. Berapa kali pun, aku menyendiri memencilkan diri kesedihan, aku tetap ingin ceria kembali menggenggam cinta Illahi. Sungguh, aku tak mampu hidup tanpa cinta-Nya. Biar pun aku bukan orang suci kerana terpalit dosa & noda, aku tetap ingin mencintai DIA."
via [Dr Cinta]
Thursday, July 26, 2012
Tanah Kubur
Imam Malik bin Anas menangis ketika hendak berbuka puasa. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata:
"Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah s.a.w. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku cuma sedikit."
Astaghfirullahal'azim T.T
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1.Hendaklah ia menjaga solatnya.
2.Hendaklah dia rajin bersedekah.
3.Hendaklah dia rajin membaca al-Quran.
4.Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :
1. Jangan berdusta.
2. Jangan mengkhianati.
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).
4. Jangan kencing sambil berdiri.
Yuk! Kita practice dari sekarang ;D InsyaAllah.
p/s : Mungkin cerita Tanah Kubur patut buat 'bahagian' bagi mereka yang beriman kepada Allah pulak supaya kita boleh berebut-berebut beribadah kepadaNya. :')
Monday, July 23, 2012
Bulan Ramadhan-Bulan Perubahan
Saturday, July 21, 2012
Let's Purify Our Intentions
Wednesday, July 18, 2012
Gantikanlah.
Percayalah,
ALLAH tidak jauhkan seseorang yang disayangi dari kita melainkan untuk dekatkan diri kita padaNya & insan pilihanNya yang lebih baik.
:')
Monday, July 16, 2012
Cactus Berduri
Saturday, July 14, 2012
Buat Muslimah - Part 2
Thursday, July 12, 2012
Monday, July 2, 2012
Sebarkan Bahagia~
Thursday, June 28, 2012
Wake Up Call.
"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.""
Dalam hati aku yakini.. "Pertolongan-Nya tidak pernah terhenti!.. "
Namun, adakalanya aku merasa seperti seorang yang baru dilahirkan. Aku seperti bermula dari kosong. Terbit rasa jauh ketinggalan dan kadang kala rasa malu. Betapa ceteknya ilmu di dadaku, betapa aku tidak mengenali-Nya dan mendalami ilmu-Nya. Aku seakan-akan ingin berlari dan bersembunyi daripada orang yang sudah berada jauh di hadapanku.
Dan kubisikkan lagi...
"Pertolongan dari Allah tidak pernah terhenti. Allah mengurniakan hamba-Nya yang tak jemu-jemu membantuku yang serba tidak tahu ini. Allah memberi kekuatan kepada orang yang terdekat denganku untuk tidak pernah lelah meminjamkan semangatnya kepadaku. Dari situ aku mula merangkak, kemudian ku cuba untuk berdiri. Walaupun kadangkala aku jatuh beberapa kali, tapi kali itu jualah aku lebih berusaha untuk cepat bangkit."
Jujur, semua ini tidak mudah untukku. Memerlukan pengorbanan demi pengorbanan yang kadangkala mencarik-carik hati dan perasaanku.
Di jalan ini...
Aku seakan-akan merasai perasaan jatuh cinta kali pertama. Jatuh cinta dengan Penciptaku. Jatuh cinta untuk berjuang demi agama tercintaku. Jatuh cinta untuk terus kuat.. Walaupun jalan ini tidak mudah, tetapi dari jalan ini aku membina kekuatan. Dan dari jalan ini juga aku memperoleh kematangan.
Kini, aku sudah mampu untuk berdiri dan akan terus melangkah. Aku berharap selepas ini aku bukan sahaja mampu berdiri tapi mampu untuk terus berlari di jalan ini. Ke sesuatu destinasi yang lebih besar dalam kehidupanku. Suatu perjuangan yang memerlukan pengorbanan. Aku harus bersedia. Ya, akan sentiasa bersedia.
Terima kasih kepada yang tidak lelah meminjamkan semangatnya kepadaku. Semoga apa yang bakal aku lalui di hari-hari mendatang dapat membawa manfaat kepada diriku dan isi dunia ini. Semuanya ku lakukan demi Dia Rabb ku yang tercinta. Di akhir pengharapan, aku berharap agar aku, dia dan semua akan bertemu hingga ke syurga sana.
Apa yang pasti.. Terima kasih kepadaNya. Atas kurniaan ini, kerana DIA aku masih berada di jalan ini...
Sumber : Artikel iluvislam