Thursday, June 30, 2011

Tutorial #1 : Doodle Cara Saya (macam tajuk resepi la pulak =.=")

Assalamualaikum.


First of all nak mintak maap lah kalau tutorial doodle ni tak membantu anda langsung. Saya budak baru belajar =,=" ehe. Selalunya saya guna adobe untuk buat doodle ni. Kalau nak download, tekan situ ----> Adobe Photoshop CS4


JADI, let's get it started! :O



















Again, I'm sorry, first time buat tutorial. Sorry kalau kecik sangat atau tak detail. Kalau ada problem, tanya la ye ;) Ingat nak buat tutorial mewarna doodle pulak lepas ni. Nak tak? hehe





Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday #4 - NICE

Tuesday, June 28, 2011

Maafkanlah Header Yang Cukup Childish Itu =.="

Assalamualaikum.


Hello anda-anda! Sekali lagi belog dibiarkan bersawang dan tidak dihupdate =.=" Apakah masalahnya? Nak kata busy? Na~ah... Lack of idea? Na~ah jugak sebab banyak je entry tergantung kt drafts keseganan untuk dipublish. Hmm... Kadang-kadang rasa malas nak hupdate sebab tau tak ada siapa pun nak baca entry-entry dekat sini T^T Okayh, entah mengapa tiba-tiba teremosi. Tapi tak apa lah, tak ada orang baca, saya boleh baca sorang-sorang. [merajuk]


Disebabkan terlalu B.O.R.I.N.G maka saya telah membuang masa menggodek-godek software-software yang ada dalam lappy ni untuk membuat header, hoyeah~:O


Percubaan pertama membuat doodle menggunakan Microsoft Paint. Macam telur ayam pakai tudung pulak. LOL





Ini pulak percubaan membuat doodle guna Paint Sai Tool. Hasil tangan seorang amatur =.="


Yang ni pun guna Paint Sai Tool jugak ^_^ <--tengok doodle tu tiba-tiba terasa nak senyum tutup mata jugak.

Ini yang latest, percubaan pertama membuat doodle menggunakan Adobe Photoshop CS4. Terlalu excited sampai terus buat header ;D


Saya lebih suka header yang simple-mimple, combination satu atau dua colour pun sudah memadai. Belog pun ringan. Dulu-dulu suka letak header gambar sendiri besau-besau, sekarang rasa segan pulak nak buat macam tu.. huhu


Sorry kalau ada yang annoyed tengok banyak sangat Pink dalam belog ni.. Background dah pink, header pun pink jugak. Maap ye. Tuan belog ni terlebih gedik bajet ayu+lemah lembut lah letak pink banyak-banyak kat sini? Sikit pun tak lah. Again, maap.


p/s : Rasa macam nak buat tutorial la..nak tak?




Thursday, June 23, 2011

Addicted

Ok bye :P




Monday, June 20, 2011

Lelaki Memang Macam Ni Ke?

Cuba tengok video ni sampai habis. Kalau pernah tengok pun, cuba tengok lagi sekali untuk refresh.





Habis dah tengok? Bagus. Cuba tengok video ni pulak. Kalau dah pernah tengok, tengok jugak lagi sekali!






Kenapakah?


Kenapakah saya rasa agak sentap bila tengok video-video ini? Aarrgghh!!



Sunday, June 19, 2011

Saya Budak Baru Belajar...ehehehe

Homaigod :O Aku macam tak percaya! Tadi..tadi..tadi aku bukak google translate semata-mata nak tau macam mana ejaan 'jealous'. Translate from malay, cemburu maka keluar lah jealous. Sekali lagi, HOMAIGOD! :O Apa dah jadi ni? Apa dah jadi dengan kepala hotak aku ni? Inilah akibatnya bila dua bulan cuti. Homaigod :O ada lagi dua bulan la pulak tu! Macam mana ni? Macam mana ni? Nanti tak pasal-pasal lagi dua bulan otak aku dah jadi macam otak Patrick :O Haiyoyo~


Rasa sangat 'syurga' duduk di rumah sahaja sambil memanjai perut sambil menghabiskan masa berjam-jam dalam bilik menghadap laptop scrolling tumblr di samping melatih diri melukis doodle sehingga blog terabai. Oh, I'm Sorry Belog :( Nampaknya, saya dah jumpa pengganti awak.............................eh, tak ada lah, gurau ja ;D


Rasa ketagih lah bila dah start buat doodle ni. Walaupun aku lukis maha cacat, tapi tak kira, nak lukis jugak. Aku banyak refer kepada tumblr sebab dekat tumblr banyak GILERR blog doodle sampai tak larat nak follow dah. Doodles dalam tu serious MAHA cute GILOS. Aku dah download adobe photoshop cs5, konon nak prektis doodle yang lagi cun tapi hampeh, tak reti guna =.=" Masih cuba menggodek-godek apa yang patut. Sekarang ni, I'll stick with paint sai tool yang mesra alam ;)

p/s : tadi waktu blogwalking, aku hampir terjatuh kerusi sebab terkejut view satu blog ni yang ada autoplay lagu rock berhantu. err..lagu dalam belog saya tak autoplay kan? hehe..saja nak make sure ;D



Friday, June 17, 2011

Panda Yang Super Annoying But Comel


Boringlaaaa. Nora Elena dah habis T^T. Macam tak berapa best je ending dia. Dalam novel bukan ke si Yvone gedik tu mati. Mengapa dia tak mati? Mengapa? Tiba-tiba terminat dengan Inspektor Amir. Dalam novel tak banyak sangat pun watak Inspektor Amir. Alahaiiii. Kami mahu Nora Elena 2!!! *tetibe


Tadi melepak di belog Amirah, terjumpa satu video ni. Mai tengok sat...






Saya tau anda sedang ketawa sekarang. Saya pun tak dapat tahan nak gelak tiap kali tengok video ni. Thanks Amirah, baru tau pasal video ni di belog anda. Sumpah annoying giler panda tu + kejam sekali...tapi...ia cute...macam panda kat bawah ni...



Aarrgghh~!!! Kau jangan nak comel sangat la panda!




Wednesday, June 15, 2011

Mereka Yang Paling COOL Adalah Mereka Yang Tak Masuk Apa-Apa Unit Beruniform

Hari ni hari Rabu kan? Banyak benda seronok jadi hari Rabu kan. Kalau kat belog, of course la Wordless Wednesday. Bersepah-sepah entry wordless wednesday sekarang ni. Kalau kat shopping mall, of course lah tiket wayang murah. Shopping mall pun jadi lengang sebab semua dah duk dalam panggung. Beratur panjang lama-lama pun takde hal punya. Kalau kat sekolah pulak, ada apa ek dengan hari Rabu?



Tadi teman mama jemput adik aku yang darjah empat tu balik dari sekolah. Dah lama aku tak keluar rumah =.=" Masuk-masuk je adik aku dalam kereta, terus membebel,


"Mama, baby (panggilan manja dia dekat rumah..euww) sorang je yang tak ada baju uniform. Tengok tuuu, cantik je diorang pakai uniform tuuu ( sambil muncung semaksima mungkin).


Aku nampak berapa ketul je budak yang pakai baju uniform tu, ramai je yang pakai uniform sekolah biasa. And lagi satu, honestly, tak nampak kat mana cantiknya sepertimana yang adik aku gembar-gemburkan. Dengan baju bosar gedabak, tudung senget benget, tompok-tompok hitam, biasa lah budak sekolah rendah kan. Memandai je adik aku ni menghiperbolakan keadaan =.="



"Mama, nanti nak beli tau baju tunas puteri..tau..tau..tau Mama tau...tau..!"


Lepas tu tiba-tiba dia terus nyanyi lagu tunas puteri,


"Tunas Puteri bertujuan menolong dan bla..bla..bla..sedap kan lagu tunas puteri ni kan mama kan..kan..kan..?"


=.=" Sedap? whattehelicopter sedap? Lepas tu, aku selaku seorang kakak yang berdedikasi terus la membebel kat dia,


" Baby nak buat apa baju tu? Lagi 2 tahun setengah je sekolah rendah, nanti dah tak pakai dah. Ingat murah ke uniform tu?"


Pastu mama tambah,


"Ha'ah, Kak Iya dulu pun tak ada pun nak beli-beli baju uniform ni, ok je."


Aku pandang baby sambil angguk-angguk poyo mengiakan Mama. Tiba-tiba baby jawab,


"Mama, tak kan Mama nak sama kan baby dengan Kak Iya? Kak Iya tu iyela, tak aktif macam baby."


Terus aku berhenti angguk-angguk. Kureng asam punya budak. Kecik-kecik dah pandai biadap dengan seorang kakak yang berdedikasi ni. Pastu terus aku merajuk, pandang luar tingkap, tak mo cakap dengan baby lagi. Huh!




Aku paling suka uniform Puteri Islam sebab ia colour PINK! Time sekolah dulu, aku tak pernah beli apa-apa uniform. Sebab Mama selalu cakap, membazir, pakai sekejap je, nanti tak muat dah. Lepas tu Mama tak kasi aku masuk apa-apa aktiviti kawad sebab tak nak muka aku jadi hitam. Kalau ada apa-apa perkhemahan unit beruniform dekat sekolah aku pinjam baju kawan je. Boleh je hidup. Budak zaman sekarang terlalu dimanjakan. Huh! Masih merajuk dengan Baby.






Wordless Wednesday #3

Source : tumblr

Monday, June 13, 2011

Doodle Lagi



Owyeah~percubaan membuat doodle kali yang keempat. Ye, tidak dapat dinafikan kecacatan yang begitu menyerlah. Nak-nak tang kening dengan bahu tu. Apa dia? COMEL? *tutup mulut kemalu-maluan* Tau dah ;) heheh. Abaikan aurat yang begitu terdedah, ish ish ish. Saja nak try buat doodle berkemban baru lepas mandi. Heheh *kening-kening*



Tak dapat nak tahan gelak tengok match kelantan dengan terengganu waktu daudsu tertanduk gol sendiri hari tu. Bhahaha..! Opss! Sorry. Kekurangan sopan di situ. Tapi...bhahahah..! ;D Tak apa la, tahun depan cuba lagi deh :D gomo kelate! Tapi tak tak tak kot, rasanya tahun depan Selangor pegang balik kot ;D



So, semalam tamatlah sudah AF dan musim-musimnya. Baguslah, kan? Harap astro dah tak buat apa-apa program nyanyi-nyanyi lagi dah lepas ni. Bukan apa, dah muak lah. Sekarang ni musim artis-artis berhijrah dan berdakwah. Bob Lokman, Sham Kamikaze, Al-Mawlid and ramai lagi. Sejuk je mata tengok depa. Moga lebih ramai artis yang nak berhijrah lepas ni. Bila turn artis perempuan pulak ek?

Sunday, June 12, 2011

Hobi Baru Di Masa Lapang

Rasa boring pulak hari-hari surf benda yang sama ja. Tak facebook, blog. Tak blog, twitter. Tak twitter, tumblr. Tak tumblr, skype. Tak skype, aarrgghhhh! Lagha sume tu! But still on macam biasa =.="


HOHO! Tiba-tiba malam ni teringin nak godek-godek benda lain pulak. Muehehehe... DOODLES ;D



Ok, ini adalah first try. Yes! One Word, CACAT.



Second try. Ini ilustrasi kepala adik saya. 88% hampir sama. But still, CACAT.



Third try, still CACAT. Tapi macam comel sikit sebab ada badan dan kaki tangan. Heh.



Saturday, June 11, 2011

Anak Melayu Pertama Menjadi Pensyarah di Universiti Oxford




Kagum dengan kejayaan Dr Muhammad Afifi al-Akiti yang sekarang jadi felo dan pensayarah di universiti Oxford. Anak Melayu Pertama lagi tu. Bukan senang. Walaupun dia lepasan dari sistem pondok tapi...end up dekat Oxford tuuh. Subhanallah.


Terkesan dengan apa yang dia cakap,
Tanpa pengorbanan kita tidak akan dapat berada dimana kita mahu berada.

Youtube, ada orang tanya, "kenapa tidak mengajar di Malaysia?"

Youtube, ada orang lain jawab, "saya rase beliau lebih fokuskan di barat sebab kita semua tahu westerners ada pengaruh besar dalam dunia. Dengan adanya beliau di barat dapat membuka mata orang yang bukan Islam bahawa orang Islam bukanlah terrorist seperti yang disangka dan Islam bukanlah agama yang violent. This is a very good opportunity untuk sebarkan Islam di negara bukan Islam, dan peluang ni bukan calang-calang orang yang boleh dapat.."


Betul-betul-betul. Lagipun, ibadah bukan hanya boleh dijalankan di negara sendiri saja. Mengajar di mana-mana pun dikira ibadah.


Tiba-tiba terasa sangat termotivasi, OK, nak pergi ajar adik-adik supaya dapat aura semangat mengajar. Tak apa, end up dekat sekolah rendah pun jadi lah. Pahala seorang guru itu sangat besar dan berterusan kan? ;)


Thursday, June 9, 2011

How to play the intro of "Fucking Perfect" by P!nk on the Google homepage.


How to play the intro of "Fucking Perfect" by P!nk on the Google homepage.

1.Go to the google homepage.

2.press the keyboard button located under the google logo.

3.press these keys:a-s-d-g—h-g-sa-s-d-g-h-k—k-g-ha-s-d-g—h-g-sa-s-d-g-h-k—k-g-h


Gahah! Sumpah COOL!

Kita Patut Bersyukur | Alice's Bucket List

Sumber : THE SUN



"I'm 15 and I have terminal cancer. I've created a bucket list because there are so many things I still want to do in my life ... some are possible, some will remain a dream. My blog is to document this precious time with my family and friends, doing the things I want to do. You only have one life, live it!"

Dekat Twitter, Alice Bucket List ni dah masuk trends. Maybe ramai yang dah tau pasal dia. Dia menghidap penyakit Hodgkin's lymphoma sudah empat tahun. Empat tahun, lama jugak. Tapi dalam blog dia, dia ada tulis,


"Now I know that the cancer is gaining on me and it doesn't look like I'm going to win this one :( .I'm hoping to write in here as much as I can and I'm also going to show my bucket list which I'm trying to get done before I have to go. Hopefully, I'll update as I tick each one off the list :)"


Bila aku baca entry-entry yang dia tulis, aku rasa macam......hmm..... :'(


Walaupun dia tau masa dia tak lama, dia usaha jugak sungguh-sungguh nak laksanakan bucketlist dia. Salah satu bucketlist dia, dia nak trending dalam twitter and sekarang ramai giler orang tweet pasal dia.



Antara bucketlist dia yang belum terlaksana.


Tiba-tiba teringat cerita One Litre Of Tears T.T

Wednesday, June 8, 2011

Wordless Wednesday #2

I Dah Follow You, You Follow Me Back Lah Pulak Kan

Dewasa kini, aku lihat banyak blogger-blogger baru yang lahir macam 'bayi' di hospital.




Well, aku salah seorang 'bayi' tersebut. Aku masih mentah dan tawar ibarat tauhu mentah di dalam peti ais dalam arena blog ini. Tujuan asal aku blogging ni pun adalah untuk update life kawan-kawan aku yang duduk jauh and lama tak jumpa. Kawan-kawan sekolah especially ;)


Tapi lama-lama bila explore makin dalam, blog ni lagi best dari facebook sebenarnya. Sebab aku boleh belajar macam-macam, and update news lagi cepat dari Melodi mahupun Fuhh! Bila jumpa je blog yang berkenan di hati, tanpa ragu-ragu cursor dialihkan ke butang follow.

Aku tak cakap pasal kau lah bedak!



Rasa seronok giler bila bilangan follower kita bertambah dari hari ke hari. Kan? Rasa macam nak buat ucapan kat atas pentas kan?? Aku tak berapa kisah sangat bila ada message kat shoutbox yang bershout "dah follow u, follow me back!" Selalunya aku akan follow balik :) <--(sok sok suci pula)


Betul lah. Sebab aku faham. Aku juga ingin difollow, bila sudah memollow. Tapi aku tak pernah lah lagi shout kat box sesiapa dengan ayat sebegitu. Aku sedar blog aku tah pape. Dah lah background macam whiteboard. Tapi aku suka, sebab nampak suci (tetiba).


Hmm..lapar lah :O

Tuesday, June 7, 2011

Aku Memang Tak Boleh Jadi Cikgu =.="

Menjelang cuti sekolah ni mama dah bagi job kat aku untuk tuisyenkan adik-adik aku yang from 5 and darjah 4 tu. Mula-mula aku semangat giler! Siap ajar diorang buat mind-map, listkan formula-formula berkaitan. Fuhh, dedikasi sungguh rupanya aku nih!


Masuk second day, aku dah mula ajar diorang sambil baring baca novel. Bila diorang panggil nak tanya soalan, aku suruh diorang hold dulu, kasi aku habis baca satu bab novel dulu, then baru aku layan diorang.


Kalau mood aku baik, fahamlah diorang. Kalau mood aku kureng baik maka naik la high picth note aku. "Kan dah terangkan dah tadi! Takkan tak faham lagi kot?!" "Lain kali picit calculator tu lembut-lembut!Kau nak kena picit hidung ke?!"




Aku tabik springle dekat cikgu-cikgu yang ada tahap kesabaran yang tinggi. Sabar je melayan kerenah budak-budak lampi macam aku tanya banyak-banyak kali. Aku baru sedar, aku ni baran jugak rupanya. Entahlah. Nasib baik tak apply UPSI =.="


Last but not least, Selamat Hari Guru!~:D

Sunday, June 5, 2011

Ada Ke That Kind Of Gentleman?

Disebabkan terlampau boring sebab petang-petang JumaatSabtuAhad tak ada Nora Elena, aku menghabiskan masa dok stalk twitter 'Seth Tan'. Salah satu tweet beliau buat aku..aku..tsk



Hmm.. Betul lah. Kadang-kadang kita orang perempuan ni terlalu banyak sangat berangan. Sebab kita terlalu mudah terpengaruh. Terpengaruh dengan novel, drama, movie, etc.




Hakikatnya kita semua tau, yang itu semua lakonan semata-mata. Lelaki macam Seth Tan mahupun Noah (The Notebook) memang tak wujud. Kan? *sigh~





Cuti Sekolah Bersamaan Dengan Kenduri Kahwin =.="

Secara jujurnya, aku tak suka pergi kenduri kahwin. Tapi bila mama dah keluar bunyi sebegini "Nanti kakak kahwin tak ada siapa nak datang." OK FINE! =.=" So, dengan muka ketat aku membontoti mama ke kenduri kahwin. Mama salam orang tu, aku pun ikut salam orang tu. Mama ambik pinggan, aku pun amik pinggan. Mama gelak-gelak dengan geng beliau, aku pun ikut gelak-gelak sorang-sorang. T.T Siapa berani tak datang kenduri kahwin aku nanti siaplah!

Sempena cuti sekolah ni Mama dapat 'tender' (bajet betul =.=") buat cupcakes untuk goodie bags para tamu for our cousin's wedding. Tak banyak mana pun, 1000 je =.=" OK SUMPAH BANYAK! Dan tugas aku selaku bibik tanpa gaji di rumah adalah untuk memastikan Mama berjaya mencapai target!





Alhamdulillah, target berjaya dicapai :D Sekarang masa untuk meronggeng di kenduri kendara ;D LET'S GONE!~



Thursday, June 2, 2011

Saya Nak Dia Boleh Tak?



Ini semua gara-gara SETH TAN!

Short Film | The Invigilator




Short Film ni memang SUPER NICE. Realiti pelajar-pelajar zaman sekarang. Part ending tu agak confusing sikit. Tapi aku rasa pelajar-pelajar ni dibayar untuk berlakon jadi nakal. Ok, SPOIL =.=" sorry~


Wednesday, June 1, 2011

Wordless Wednesday #1