Sunday, December 18, 2011

Timeline Baru Facebook Yang Cool ^_^



Semua orang dok gedik-gedik dah tukar timeline facebook yang baru, tak boleh jadi ni, aku nak gedik-gedik tukar jugak XD hemohemo..So, tadaa~





Tak ada idea nak letak gambar apa sebagai cover =..=" makanya header belog yang menjadi mangsa. Enggak apa, temporary sahaja ;) jangan marah ea belog ea..




Best jugak dok godek-godek timeline kat facebook ni.. Yang dah berkurun lama dulu punya cerita pun boleh keluar balik oo~ Seronok lah jugak sebab dapat mengimbau kenangan dulu, ceyhhh.. Tapi terfikir jugak, kalau ada orang lain dok mengimbau timeline kita ni =..=" err..macam segan jek..




Tapi apa-apa pun timeline baru ni memang COOL lah ;D Maybe sesetengah orang rasa rimas and tak berapa berkenan dengan timeline baru ni tapi benda baru, bila tak biasa memang lah rimas. Bila dah biasa nanti segalanya akan berjalan dengan lancar :) So, lekas-lekas lah bertukar dan biasakan yee.





Friday, December 16, 2011

Through My Window




Siapa kata duduk kat aras EMPAT tak best?








Lamanya tak update =..="




Saturday, December 3, 2011

Pejam Celik Pejam Celik



Assalamualaikum.


Penat penat penat letih letih letih tired tired tired exhausted exhausted exhausted AAAAAARRRGGGGHHHHHHH!!!~ minggu lepas sangat hectic T^T dengan test test test lab lab lab report report report esaimen esaimen esaimen AAAAARRRRRGGGGGGHHHHHH!!! Tiba-tiba tadi bukak portal terjumpa ini....

Dah nak dekat final sem 1 ghupanya...Rasa macam baru habis orientasi minggu lepas =..=" Ohmen, cuak terasa =..=" sampai berpeluh hidung niiii!~ Sat je rasa pejam celik pejam celik, dah nak habis sem 1. Rasa macam nak pejam celik pejam celik laju-laju supaya cepat sikit masa 4 tahun berlalu =..=" huhu




Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday Versi Belog Nanad Hasnan (1)

Assalamualaikum


Pada setiap hari Rabu, Belog Nanad Hasnan akan menghadiahkan satu FREE doodle untuk seorang follower bertuah Belog Nanad Hasnan sebagai tanda penghargaan :) So, follower bertuah pertama yang akan dapat doodle di bawah ini ialah......



p/s : see u next wednesday ;D




Tuesday, November 22, 2011

:)






Sunday, November 20, 2011

Doodle Trade Tengku Puteri






Patik minta ampun, tuan puteri, kerana terlewat melaksanakan doodle trade ini T^T Harap tuan puteri berkenan di hati ;)




Wednesday, November 16, 2011

Hampir Terlupa Tentang Doodle Trade Yang Menimbun


Assalamualaikum.


Mueheheh... Test sudah habis, bro ;D Makanya, apabila test sudah habis apa perlu kita buat???~~~ Iye...iye...saya dengar..saya dengar..hikhikhik XD


Sementara tengah free sikit-sikit ni, eloklah kiranya saya settlekan hutang piutang doodle trade yang agak menimbun itu =..="


Ini doodle trade kedua untuk Cik Feza kita ;D Harap Cik Feza terima dengan gumbira lah ye ;)




Doodle seterusnya onthewayyyy~Blogwalking mood :)



Saturday, November 12, 2011

Cuti Sudah Habis Bro T^T



Assalamulaikum.


Hari ni terasa sangat sedih. SEDIH GILA! Bumi Shah Alam pun sedih jugak sebab tu hujan lebat pagi tadi. Sedih sebab esok pagi-pagi dah kena pulang ke 'perantauan' T^T Tak patut betul cuti mid-sem diberi seminggu je T^T Mana cukup! Seminggu tu nak berehat goyang kaki pun tak lepas, inikan lagi nak menyiapkan assignment bertimbun. Menambahkan kesedihan bila mengenangkan test-test yang bakal dihadap next week T^T ohmen~


I NEED MY MAMA T^T


Btw, terima kasih buat anda-anda yang comel yang sudi singgah/follow/drop comment di belog huduh ini...huu~terharu :')







Tuesday, November 8, 2011

Day 1 : Draw Yourself



p/s : SAYA SEORANG PEMALU =..=


~end~



Thursday, October 27, 2011

TOUCHED :')










TRUST ME, I MISS ALL OF YOU A LOT MORE
T^T





p/s : wish me luck for my first MID TERM TEST ^_^



Thursday, October 13, 2011

FREEBIES FOR GIRLS :D


Assalamualaikum.


Hah! Kamu! Yang dok tongkat dagu depan laptop tu! Ye, kamu lah, siapa lagi! Meh sini cepat right click pic kat bawah ni and buat lah apa yang kamu suka dengan ia ;D


Sudah sebulan rupanya bergelar mahasiswi :D Cepat betul masa berlalu.


Hari ni mama & abah akan bertolak ke tanah suci Makkah. Harap perjalanan mama & abah berjalan lancar lah hendaknya. Terkilan sebab tak dapat balik nak hantar mama & abah kat airport T^T Cuti Deepavali baru boleh balik, jenguk adik-adik yang semestinya kesunyian..huhu..rinduuuuu mama & abah T^T


Ok bye, kena start study T^T




Wednesday, October 12, 2011

I'M BACK XD hohoho

Hoyeah XD Hoyeah XD sekarang sudah boleh online hari-hari :P

Misi menyiapkan doodle trade yang terbengkalai dulu kala. Disebabkan dah berkurun tak mendoodle, tangan sedikit terketar-ketar waktu pegang mouse T^T Doodle pun dah HUDOH..




Monday, September 19, 2011

At Last!




HUWAAAAAAAAA!!! Rindunyaaaaaaaaaaa!!! NAK BALIK!!!




Thursday, August 25, 2011

Love Is In The Air~


Apabila nama kekasih hati dipertaruhkan

Aku patut terima hakikat yang aku dan dia memang tidak berjodoh :'(
Esok nak mintak clash ah!



Tiba-tiba...



No worries Ryan baby, i lebb u beri the stronghold <3




p/s : Elleh, macam korang tak pernah main benda alah ni dulu-dulu :P


Wednesday, August 24, 2011

Kenangan Ramadhan Dolu-Dolu


Assalamualaikum.


Bosan pulak asyik buat entry pasal doodle je bulan ni. Kan? Kan? Kan? Hmm.. Enam hari je lagi kita bakal mengakhiri Ramadhan. Entah kenapa Ramadhan kali ni aku rasa sunyi sikit. Pagi-pagi je lepas sahur semua orang dok siap-siap nak pergi kerja/sekolah. Aku je yang dok terkebil-kebil atas katil sambung beradu =.=" Pastu dah, tinggal daku kelonelian dalam rumah T^T Mentang-mentang lah aku ni penanam anggur setia dalam rumah ni.


Sedang aku terkebil-kebil keseorangan, tiba-tiba terflashback pulak zaman muda-muda dulu. Zaman sekolah rendah, zaman kanak-kanak riang. Dulu-dulu puasa tak ada lah penat sangat sebab dulu bulan Ramadhan time cuti sekolah. Sekarang ni dah makin naik makin naik. Kasihan kanak-kanak generasi kini. Banyak dugaan nooo~


Teringat dulu lepas sahur je ramai-ramai adik-beradik berkumpul kat ruang tamu sambil lafaz niat depan abah. Walaupun dah hafal dengan cemerlang, still nak lafaz depan abah jugak, ikut satu-satu abah lafaz, ala lebih kurang macam talaqqi kat astro oasis tuu. Lepas tu pi main congkak pastu tengok kartun kat tv. Sungguh cergas kan? Kenapa sekarang aku tak secergas dulu? Di mana silapnya???!


Pernah sekali tu, dah terlampau cergas sangat, kitorang main perang-perang lepas sahur. Main kat luar rumah yang still gelap macam malam. Sungguh cergas bukan?

gini lah ghopernya kami adik-beradik =.=" Waktu ni aku sekolah rendah lagi, abang-abang pun sekolah lagi. Adik kecik masih belum wujud. Huhu~


Senjata kitorang time bertempur tu adalah bunga api. Perghh~ Itu lah senjata paling bahaya dan mahal tika itu. Kitorang adik-beradik tak pandai main mercun, sungguh! Bunga api tu kitorang kerat-kerat jadi kicik-kicik pastu kumpul kan. Pastu amik pelita sorang satu dan SEEEERRRRRAAAAANNNGGGGGGGG!!!!!~~


Masa kitorang berperang tu, keadaan sekeliling memang gelap. Tak nampak apa-apa. Just nampak bunga api yang dikerat kicik berterbangan di udara. Budak-budak kan, tau nak seronok jaa =.=" Bila matahari muncul, perang diisytiharkan tamat oleh Mem Besar disertakan dengan kena marah kaw-kaw. Bila matahari muncul baru nampak kesan-kesan peperangan tadi. Tikar berlubang-lubang kesan percikan api. Baju pun berlubang-lubang, nasib baik kulit tak berlubang. Kereta abah pun ada kesan-kesan hitam sebab dijadikan benteng pertahanan. Memang teruk kena marah T^T tapi kenangan macam tu...priceless kan? ;) Cerita lah kenangan korang pulak >.< nak tau nii~


p/s : Fobia dengan bunga api besi yang bertangkai dawai tu. Dulu pernah terduduk atas tangkai bunga api berdawai yang masih berbara. Perrggghh!~ Berlubang bu***t T^T I hate you bunga api dawai besi walaupun sparkling api you cantik.


Misi Membayar Hutang Doodle Trade [1]

Assalamualaikum.



Baru terhegeh-hegeh nak settlekan hutang =.=" Belog juga semakin dilupakan. Maap, sudah jarang belogwalking. Sibuk shopping barang-barang nak royo. Huhu.. Korang sudah prepare semua mak nenek barang nak raya belum?


p/s : Dear Cik Feza, doodle lagi satu nanad hold dulu sebab 'surpriseeee'. hehe.. Sabaq naa~ ;D



Monday, August 22, 2011

Settle :D

Assalamualaikum.


Alhamdulillah :) Settle sudah semua mak nenek borang+pengesahan serta barang-barang 'berpindah'. Banyak betul rupanya benda yang nak kena settlekan. Keluar masuk rumah je kejenya. Haus je memanjang =.=" Dugaan betul. Huhu.. Tu lah, last minute lagi T^T Nasib baik ada Mem Besar. Bolehlah beraya dengan tenang nanti :)


2 hari tak update belog. 2 hari jugak tak buat doodle langsung. Sekarang dah settle semua boleh lah sambung hobi balik ;D Hoyeah!~


Dapat dua doodle trade dari bloggers lagi ^_^ Dulu sebelum tutup trade , pernah request trade dengan mereka sebab sangat berkenan dengan doodle mereka. Hehe. Tak sangka dapat >.< Thankyou sebab sudi trade dengan Nanad~




doodle from : FARAH





doodle from : Anis





p/s : Kena start packing segala mak nenek baju pulak =.="





Thursday, August 18, 2011

Kacak Luar, Kacak Dalam, Kacak Dengar Sini~

Assalamualaikum.


Tiba-tiba terasa geli dengan tajuk entry sendiri =.=" Whoah~ Cepat betul masa berlalu! Sedar tak sedar kita dah puasa 18 hari, maknanya lagi 12 hari nak raya oo~ Masih tak puas bersama Ramadhan, mengapa cepat sangat Syawal nak menjelma? T^T


Bila nak dekat raya, bermakna makin dekat hari pendaftaran masuk U. T^T Bermakna makin kurang waktu untuk bermanja dengan Mem Besar serta keluarga. Bermakna dah tak boleh bersenang-lenang goyang kaki macam sekarang. Bermakna tak boleh spend time buat doodle lagi. T^T OH NO!~


Dengan dukacita,
Photobucket


Semua yang berkaitan doodle Nanad seperti tempahan, doodle trade, free request, etc telah ditutup dengan syahdunya T^T. Terima Kasih buat yang sudi menempah baru-baru ini dan sebelum ini. InsyaAllah Nanad akan siapkan A.S.A.P. Kalau boleh sebelum raya nak settlekan semua. Doodle Trade pun, terima kasih buat yang sudi trade doodle comel-comel dengan Nanad ^^ Nanad tengah struggle menyiapkan semuanya T^T somebody pleaseeee assist me~


Mem Besar dan suaminya.. =.= .. Ok, agak kuanghajo di situ. Mem Besar serta Boss Besar dah banyak kali sound, suruh prepare segala mak nenek borang-borang serta barang-barang untuk 'berpindah' ke alam U bulan sembilan ni. Asyik tangguh-tangguh, kan dah kena marah. T^T


Agak terkujat dan serba salah bila mana masih ada lagi yang submit entry karangan GA 'Dear Nanad' tempoh hari. Janganlah begitu sayang oii~ GA itu sudah expired lah sayang.. Nanti-nanti InsyaAllah Nanad buat GA lagi, baru join ok? ;D


p/s : Selamat Berbuka ^_^




Wednesday, August 17, 2011

Tutorial #4 : Lukis Doodle Tanpa Menggunakan Photoshop

Assalamualaikum.





Boleh (^_^) Ada software yang lagi mudah untuk berdoodling ni. It's called Paint Sai Tool <--- click untuk download. Sini ada sedikit basic tutorial. Boleh cuba, try, test :D


Create New Canvas ikut saiz yang anda suka.





Sebelum mula melukis, click pada icon pen atas kertas yang dalam lingkaran empat segi merah kat atas tu untuk mendapatkan smooth curves. Secara automatik, new layer bernama Linework 1 akan muncul. Layer ni sesuai digunakan untuk draw outline.





Lepas tu select option curve untuk mula melukis.



Contoh malas =.="




Kalau tak faham, boleh tanya di ruangan komen. Selamat Mencuba :D




p/s : Doodle trade dalam process :) Harap bersabar yeee ;D





Tuesday, August 16, 2011

Antara Koleksi Doodle Yang Ditempah



DOODLE SOLO = RM5



DOODLE WITH EXTRA STUFFS = RM8






DOODLE COUPLE = RM10



MAHU JUGA? KLIK SINI DAN ORDER :D