Tuesday, May 17, 2011

Crazy Little Thing Called Love

Kelmarin terdengar adik saya menggedik tergelak-gelak dalam bilik sambil mengadap laptop. Saya intai lah nak pastikan dia tidak melangkaui batas sebagai seorang remaja yang masih di bawah umur. Dia tengah tengok cerita THAILAND =.="

Wow adik, dah kehabisan cerita ke kat dalam dunia hiburan ni? Tiba-tiba entah macam mana saya pun terlekat sekali mengadap laptop sambil menggedik tergelak-gelak dengan dia. wtfood ?_?" Cerita THAILAND yang dimaksudkan : CRAZY LITTLE THING CALLED LOVE




Tengok tajuk saja sudah terpikat. HAHA. Adik saya kata cerita ni sangat famous. Wow adik, sejak bila kau begitu arif tentang dunia hiburan THAILAND ni? Waktu tengok cerita ni dengan adik saya, mulut saya non-stop dok kutuk cerita ni ntah pape ntah..bla bla..bla..(tapi menggedik gelak-gelak gak) Last-last saya kena halau keluar bilik T.T

Semalam, waktu dia pergi sekolah, saja lah bukak nak tengok apa yang best sangat cerita THAILAND ni. (keegoan terserlah) Dalam ego-ego tu, meleleh jugak lah air mata tengok cerita ni. huhu, kantoi.



Cerita dia sangat simple tapi sangat sweet. Mengisahkan seorang pelajar perempuan yang biasa-biasa, tak berapa cantik, berkawan dengan orang biasa-biasa, tak berapa cantik jugak, tapi dia jatuh cinta dengan seorang pelajar lelaki senior yang bukan biasa-biasa. heh, campus crush ;)



Macam-macam benda diorang buat untuk biar sang senior itu sedar akan kewujudan dia, tapi satu pun tak berjaya. HAHA. banyak part yang kelakar membuatkan aku ketawa tergedik-gedik.



Tiga tahun dia pendam rasa tapi tetap cuba untuk pikat sang senior tu, tapi sang senior tu macam tak nampak dia ja. Dalam tiga tahun tu jugak dia dah jadi semakin cantik dan pandai bergaya.



Tiba-tiba pulak muncul satu watak pengacau, kawan baik sang senior terjatuh hati dekat perempuan tu. Part ni tak best, tak payah cerita lah. hehe



Waktu hari terakhir diorang sekolah, perempuan ni dengan beraninya luahkan perasaan dia pada sang senior tu. Tapi sang senior ni cakap dia dah ada girlfriend lain. Part ni sedih sikit sebab perempuan ni menangis tak henti-henti.



Malam tu, lelaki tu tau dia dapat tawaran masuk team football, so dia kena sambung belajar kat tempat lain lah. Malam tu jugak lelaki tu letak diary dia yang penuh dengan gambar perempuan tu kat depan rumah perempuan tu. Rupanya lelaki tu pun dah lama ada hati dengan dia, sejak mula-mula perempuan tu cuba pikat dia, sejak dia huduh lagi. Tapi lelaki ni tak berani nak luahkan kat perempuan tu. Part ni sangat sweet ;) Tapi dah terlambat. Lelaki tu dah nak pergi, perempuan tu pun dah nak pergi sambung belajar dekat US.


Sembilan tahun lepas tu, masing-masing dah berjaya. Perempuan tu jadi fashion designer, lelaki tu jadi pro-photographer and diorang jumpa balik kat satu talkshow. heh. HAPPY ENDING :D


Cerita ni sangat best sebab buat saya teringat zaman-zaman sekolah dulu. Rasanya semua orang pernah alami benda ni waktu sekolah dulu kan? Macam dalam cerita ni, perempuan ni anggap lelaki ni sebagai sumber inspirasi dia sebab, disebabkan rasa suka yang sangat-sangat kat lelaki tu buat dia berubah sedikit demi sedikit ke arah yang lebih baik sampai last-last dia berjaya.


Dia sangat CUTE!

6 comments:

  1. bencinya, jeles dengan happy ending

    ReplyDelete
  2. oh nak cari jugak la citer ni. dulu kite pon suke tgk cite thailand terutama cite soda and ce tea. hensem gile hero dia. auww..hahah

    ReplyDelete
  3. macam best ja cita ni nanad , naktengoknaktengokk !!

    ReplyDelete