Bukak-bukak je FACEBOOK pagi tadi terkezut tengok news feed dipenuhi dengan status kanak-kanak. Eceyh, bunyik macam banyak sangat kanak-kanak nya. Ok, dua orang je kanak-kanak nya tapi news feed aku penuh macam ada 10 orang kanak-kanak dalam friend list aku.
Gambar-gambar ni lah yang dok memenuhkan news feed aku tu. Nasib baik comel kalau tak dah lama hide post/hide all post. LOL. Yang sebelah kiri tu adik sepupu, yang sebelah kanan tu adik. Apa kejadah yang mereka sedang lakukan itu??
Ok, melampau =.=" tiba-tiba ada salji pulak dah. Nak kata SKYPE, bukan SKYPE. Maybe apps baru dalam facebook. FRIENDCAMEO kot. Persoalannya, bagaimana mereka lebih expert tentang apps baru di FACEBOOK mengalahkan aku?
Bukan itu sahaja. Gambar-gambar sebegini juga banyak memenuhi karpet news feed aku. Bila? Bila mereka buat ini semua?? Siapa ajar mereka?? Aku nak guna adobe pun terkial-kial. =.="
Last but not least, aku jumpa gambar super gedik ni dalam album adik bongsu aku yang baru darjah empat tu. Bila? Bila masa aku bagi dia keizinan untuk menggunakan eye shadow dan lipgloss aku??
Haihh =.=" ini rupanya hobi budak-budak sekarang time cuti sekolah. Aku dulu cuti sekolah, jahit batu seremban sendiri lepas tu main sorang-sorang sampai lebam.