Thursday, July 12, 2012

See No Evil | Speak No Evil | Hear No Evil



Assalamualaikum.




Ramadhan semakin menghampiri. Apa persiapan anda? :D




Monday, July 2, 2012

Sebarkan Bahagia~



Assalamualaikum.


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas :) Sekarang ni Shah Alam Convention Center ada pesta buku, maka tanpa berlengah kami adik-beradik menerjah ke sana untuk memborong apa-apa yang patut. Alhamdulillah, PUAS sebab buku yang dicari-cari selama ni dapat juga kumiliki..hemohemo ;D


[CINTA HIGH CLASS]


Lepas baca novel karya Fatimah Syarha bertajuk 'Seindah Mawar Berduri' & 'Tautan Hati', terus terjatuh cinta dengan tulisan Fatimah Syarha. Terus bukak Youtube download semua ceramah motivasi beliau.





Alahaiii...lembutnyaaa cara beliau menasihati remaja-remaja seperti aku yang hanyut dengan keseronokan duniawi dan dahagakan tazkirah berterusan. Ibarat seorang kakak yang menasihati adiknya. Tengok berulang-ulang kali pun tak pernah rasa bosan.




"AWAS! Jangan dekat! Jika mahu, dapatkan secara terhormat." ayat POWER dari Ustazah Fatimah Syarha yang akan kusemat di dalam hati ini sampai bila-bila, InsyaAllah :')



Thursday, June 28, 2012

Wake Up Call.



Assalamualaikum.


Sebenarnya aku tidak pernah memikirkan dan menjangkakan aku akan merasai semua ini. Sering aku tertanya-tanya kenapa aku yang dipilih untuk merasainya. Apakah istimewanya aku sehingga menjadi pilihan untuk dibawa ke jalan ini.


Bila melihat diri ini, aku melihat diriku sedalam-dalamnya. Layakkah aku? Aku insan biasa yang sangat biasa. Aku tidak sempurna. Sangat tidak sempurna. Ya Allah, kenapa Engkau begitu menyayangi aku, sedangkan aku di sepanjang kehidupan ini tidak berbuat apa-apa pun demi agama-Mu. Kenapa Engkau memilih untuk menyelamatkan aku? Sedangkan aku sebelum ini tidak berusaha untuk mendalami agama-Mu.


Pada satu saat diri bersendiri, teringat pada kalamNya yang bermaksud:-


"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.""
(surah Ali-Imran: Ayat 133)


Dalam sujud aku menangis tanda kesyukuran dan rasa malu kepada Penciptaku. Dalam sujud aku memohon kemaafan pada Sang Pencipta. Terdetik di hati ini, walau bagaimanapun kekurangan yang ku rasai, aku masih seorang manusia ciptaan-Nya yang Maha Agung. Begitu tidak patut untuk aku menghina diri sendiri yang merupakan salah satu ciptaan dari-Nya yang maha Esa. Dari rasa itu aku bangkit. Bangkit sebagai seorang aku yang baru.


Dalam hati aku yakini.. "Pertolongan-Nya tidak pernah terhenti!.. "





Namun, adakalanya aku merasa seperti seorang yang baru dilahirkan. Aku seperti bermula dari kosong. Terbit rasa jauh ketinggalan dan kadang kala rasa malu. Betapa ceteknya ilmu di dadaku, betapa aku tidak mengenali-Nya dan mendalami ilmu-Nya. Aku seakan-akan ingin berlari dan bersembunyi daripada orang yang sudah berada jauh di hadapanku.


Dan kubisikkan lagi...


"Pertolongan dari Allah tidak pernah terhenti. Allah mengurniakan hamba-Nya yang tak jemu-jemu membantuku yang serba tidak tahu ini. Allah memberi kekuatan kepada orang yang terdekat denganku untuk tidak pernah lelah meminjamkan semangatnya kepadaku. Dari situ aku mula merangkak, kemudian ku cuba untuk berdiri. Walaupun kadangkala aku jatuh beberapa kali, tapi kali itu jualah aku lebih berusaha untuk cepat bangkit."


Jujur, semua ini tidak mudah untukku. Memerlukan pengorbanan demi pengorbanan yang kadangkala mencarik-carik hati dan perasaanku.


Di jalan ini...


Aku seakan-akan merasai perasaan jatuh cinta kali pertama. Jatuh cinta dengan Penciptaku. Jatuh cinta untuk berjuang demi agama tercintaku. Jatuh cinta untuk terus kuat.. Walaupun jalan ini tidak mudah, tetapi dari jalan ini aku membina kekuatan. Dan dari jalan ini juga aku memperoleh kematangan.



Kini, aku sudah mampu untuk berdiri dan akan terus melangkah. Aku berharap selepas ini aku bukan sahaja mampu berdiri tapi mampu untuk terus berlari di jalan ini. Ke sesuatu destinasi yang lebih besar dalam kehidupanku. Suatu perjuangan yang memerlukan pengorbanan. Aku harus bersedia. Ya, akan sentiasa bersedia.


Terima kasih kepada yang tidak lelah meminjamkan semangatnya kepadaku. Semoga apa yang bakal aku lalui di hari-hari mendatang dapat membawa manfaat kepada diriku dan isi dunia ini. Semuanya ku lakukan demi Dia Rabb ku yang tercinta. Di akhir pengharapan, aku berharap agar aku, dia dan semua akan bertemu hingga ke syurga sana.


Apa yang pasti.. Terima kasih kepadaNya. Atas kurniaan ini, kerana DIA aku masih berada di jalan ini...


Sumber : Artikel iluvislam