Friday, August 16, 2013

Mari bersama tadah tangan dan berdoa.








May Allah save all of our brothers and sisters from all over the world who are currently in pain, struggling, who are oppressed. May Allah grant them Jannatul Firdaus for all that they have to endure and be patient with. Amin.



Wednesday, August 7, 2013

Pendosa Tanpa Noktah.


Source : Tumblr



"Semoga Allah menerima amal kami dan amal kalian."




Thursday, July 25, 2013

Freebies : Muslimah Doodle


Assalamualaikum.


Dah lama rasanya tak bagi freebies. So, tadaa~ jemput right click dan save doodle yang tak seberapa ini yang konon-konon macam nak pi library tapi sebenarnya tak tau lah dia nak pi mana, cuba tanya dia. ehe.

Maap, sempat buat satu warna saja, so Nanad ada sediakan drawing outline doodle yang sama jugak kat sini tapi beg dia dah kena ragut lah pulok -,-" maap ya. So, have fun colouring ^_^ Feel free to share the final result with me ;) ihiks.

P/s : Tempahan ditutup buat sementara waktu. Mungkin selepas raya akan dibuka semula. Selamat beribadah kawan-kawan :)





Wednesday, July 24, 2013

Tips Hadapi Kemurungan.


Assalamualaikum.




Bagaimana boleh mengelak seseorang menjadi murung atau depress? Kemurungan kebanyakannnya adalah hasil dari mempunyai masa terluang dan membiarkan minda kita melayang tanpa tentu, samada kita dalam keadaan gembira atau tidak.


Untuk mengatasinya mudah, kawal minda kita daripada melayang liar dengan melakukan kerja. Apabila kita membuat sesuatu dengan serius, darah kita akan bergerak dan minda kita akan mula fokus.


Dengan sekejap saja, kita akan terasa minda kita bebas daripada kebimbangan dan ketakutan akibat pemikiran kita yang liar. 


(Quran 9: 105)
“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”


Bagi yang menghadapi kemurungan, teruskan membuat kerja dan konsisten - kerana itulah ubat paling murah Allah berikan kepada manusia dalam menghadapi kemurungan. 


Senyum :)



p/s : Kemurungan juga boleh menjadi salah satu sebab yang mendekatkan kita kepada Allah ;) La Tahzan. Allah akan beri yang lebih baik jika kita bersabar atas ujianNya. Ada hikmah disebaliknya yang kita belum tahu.




Monday, July 22, 2013

How To Be Happy?


Assalamualaikum.


Be happy with the little that you have.
There are people with nothing but still manage to smile.
:)



Saturday, July 20, 2013

1+1=Gwiyomi


Assalamualaikum.


Okay, sempena Ramadhan ni, kita tukaq sikit ^_^




Psst~ Kita dah masuk fasa 10 malam kedua Ramadhan iaitu fasa pengampunan. Marilah kita memperbanyakkan doa memohon keampunan dari Allah pada waktu ini. Ini adalah bonus yang diberikan Allah kepada kita dan janganlah kita melepaskannya. Banyakkan membaca doa ini :


اللْهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Allahumma innaka ‘afuuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annee
Maknanya : Ya Allah, sesungguhnya engkau amat pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami.


Semoga amalan baik yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini menjadi titik permulaan perubahan ke arah kebaikan untuk diri kita semua demi mencapai keredhaan Allah seterusnya mencapai kejayaan di dunia dan akhirat yang kekal abadi, InsyaAllah. :)



Thursday, July 18, 2013

Bagaimana saya ingin menghayati bacaan Al-Quran yang dibaca ketika menunaikan solat tarawih jika saya tidak memahami maksud bacaan yang dibaca?


Assalamualaikum.


Maafkan tajuk yang begitu panjang, ehe. Ramadhan dah masuk hari ke sepuluh, Alhamdulillah. Syukur kerana kita masih diberi kesempatan untuk melipatgandakan ibadah kita pada bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan sangat sinonim dengan solat sunat tarawih yang memang tak ada pada bulan-bulan lain. Sungguh special di situ ^_^


Tapi, berapa ramai antara kita (termasuk-masuk yang tengah menaip ni =,="), betul-betul fokus dan hayati bacaan Al-Quran yang dibacakan Imam sewaktu menunaikan solat tarawih? Bagi orang yang tengah menaip ni, hal ini yang selalu terjadi...


Kadang-kadang kita tak sedar pun bila fikiran kita mula menerawang sewaktu solat berjemaah terutama sekali sewaktu Imam membaca bacaan Al-Quran yang agak panjang daripada biasa. Tau-tau dah melayang terbayang kuih tepung pelita yang kita simpan takmo makan waktu berbuka tadi sebab nak save makan buat more. Lepas tu terdengar pulak bunyi budak-budak kecik ketawa sambil main lari-lari, tak pasal-pasal tiba-tiba terflashback zaman kita kanak-kanak ribena dulu dok main bunga api blink blink ditemani sinaran cahaya pelita minyak tanah...bla..bla..bla..


Allahu, dah jauuuuh sangat tu. Susah kan nak fokus dan khusyuk pada sesuatu yang kita tidak fahami. Nanad ada terjumpa satu artikel menarik yang bertajuk; 'How can I enjoy listening to the Qur'an in Taraweeh when I don't understand what is being recited?' Nampak tak tajuk yang telah di-google-translate-kan di atas ;) hehe. Artikel ni sangat menarik, tak rugi baca sampai habis. Secara ringkasnya, artikel ini mengajar kita cara-cara untuk cuba belajar fahami dan hayati isi kandungan Al-Quran dan cuba praktikkan ke dalam solat tarawih mahupun di dalam solat harian. 




Langkah pertama adalah dengan menjadikan tafsir Al-Quran sebagai teman kita yang paling akrab sekali. Setiap kali membaca Al-Quran, jangan lupa untuk turut membaca serta hayati maksudnya. Bak kata orang, 'baca Al-Quran ni kena feel lebih daripada baca novel.' Kalau kita betul-betul hayati setiap kalam Allah ini, tak mustahil kita boleh habiskan tisu berkotak-kotak. Untuk permulaan, tekankan keyword-keyword yang penting dan selalu berulang seperti syurga dan neraka supaya kita boleh fokus dan faham bacaan di dalam solat nanti.




Langkah kedua, rajin-rajinkan diri untuk sentiasa mendengar bacaan ayat suci Al-Quran tidak kira apa yang sedang kita lakukan dan di mana kita berada (selain tandas). Ini untuk jadikan kita familiar atau terbiasa dengan ayat Al-Quran tersebut beserta maksudnya dan secara tidak langsung kita boleh hafal kedua-duanya sekali, InsyaAllah. 




Apabila kita sudah mula biasa dan hafal serba-sedikit ayat Al-Quran beserta maksudnya, bolehlah kita cuba praktikkan ke dalam solat taraweeh mahupun solat harian kita. Bila terjumpa potongan ayat yang membicarakan tentang azab api neraka, cuba untuk hayati dan bayangkan tentang azabnya yang pedih. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya kita boleh elakkan fikiran kita dari menerawang entah ke mana ketika Imam sedang membacakan ayat suci Al-Quran.




Apabila terjumpa potongan ayat yang membicarakan tentang kenikmatan di syurga, cuba untuk hayati dan bayangkan keindahannya bersama orang yang kita sayang. Dengan cara ini, kita boleh belajar untuk khusyuk di dalam solat, InsyaAllah. 


Tak dinafikan, ia memerlukan jangka masa yang panjang dan kesungguhan yang kuat untuk kita fahami dan hayati di samping menghafal setiap bait makna yang terkandung di dalam Al-Quran. Tapi, tak salah kiranya kita mulakan dengan baby steps, sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Memetik kata-kata penulis yang menulis artikel itu; 


"However, we have the capability to revolutionize this experience, with Allah’s Help. We can become of those who truly understand, whose hearts are captivated and whose limbs are calmly in awe, whose minds are blown away at what we are listening to of the Qur’an. The methods are there and the tools are available. The real question is: Are we willing to make the time and dedicate the effort?"

Jom kita cuba sama-sama ;)




Sunday, July 14, 2013

Doodle Wearing Niqab.


Assalamualaikum.




Doodle yang lain daripada yang lain ni untuk rakan blogger merangkap rakan twitter juga iaitu Eien Razak yang manis. Oh ya, pada kawan-kawan yang nak tampil manis dan ayu serta sopan sempena bulan mulia ini, jemputlah singgah ke instagram Eimanul Aurah, ada banyak koleksi wide shawl dari Eien yang gorgeous mojes ^^, 



Thursday, July 11, 2013

Mahukah dirimu mendengar khabar gembira?






"Apabila cinta belum berpihak padamu,
Tatkala tiada siapa membuatmu tersenyum.
Mahukah dirimu mendengar khabar gembira?
Bahawa Allah masih menunggumu,
Mendengar doa-doa darimu,
Merindui sujud panjangmu,
Sehingga senyuman dibasahi air mata kerana Allah.
Lalu, pergilah cari senyum dalam sujudmu.”
:')
[copied from Tumblr]


#contoh tempahan simple wedding doodle




Tuesday, July 9, 2013

Mendakap Ramadhan



KHUTBAH RASULULLAH S.A.W MENJELANG AKHIR SYA'BAN


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


”Wahai manusia, sungguh telah dekat kepadamu bulan yang agung, bulan yang penuh dengan keberkahan, yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik (nilainya) dari seribu bulan, bulan yang mana Allah tetapkan puasa di siang harinya sebagai fardhu, dan shalat (tarawih) di malamnya sebagai sunah. Barang siapa mendekatkan diri kepada Allah di bulan ini dengan satu kebaikan (amalan sunnah), maka pahalanya seperti dia melakukan amalan fardhu di bulan-bulan yang lain. Barangsiapa melakukan amalan fardhu di bulan ini, maka pahalanya seperti telah melakukan 70 amalan fardhu di bulan lainnya."



Bisikkan pada diri, 
'Moga Ramadhan kali ini, aku tidak lagi rugi.' 
InsyaAllah :')





Sunday, July 7, 2013

Bertukar.


Assalamualaikum.


BERTUKAR!




 Maaf. PINK lagi.
T.T




Terima Kasih kerana telah banyak berjasa sebelum ini sampai la ni. Mesti lenguh mulut awak dok nganga kan? Sorry :(



p/s : Ada soalan cepumas. Nak freebies doodle atau nak tutorial doodle? :)



Saturday, July 6, 2013

Kembali.


Assalamualaikum.


Alhamdulillah, masih dipinjamkan nafas dari-Nya sehingga ke hari ini. Pejam celik pejam celik, sekejap sungguh rasa, dah nak bertemu kembali dengan bulan yang dinanti-nanti, Ramadhan Al-Mubarak. Rasa macam baru lagi post entry pasal Ramadhan tahun lepas. Sungguh pantes bangat masa berlalu. Nampak tak ketidak-aktifan berblogging di situ -.-


Menjadi seorang pelajar kejuruteraan tahun dua dewasa ini, masa agak tidak mengizinkan diri ini untuk rajin update belog selalu. Apatah lagi mendoodle. Lama jugak dah tak blogwalking. Banyak yang dah terlepas. Tahniah buat rakan bloggers yang dah berkahwin, ramai jugak. Semoga kekal berbahagia hingga ke Jannah hendaknya. :)


Memandangkan cuti semester berlangsung sampai bulan september, tempahan doodle kini dibuka dengan doodle yang berwajah baru sedikit. Maaf buat yang request tempahan doodle sebelum-sebelum ini yang terpaksa nanad tolak. Kekangan masa pada waktu itu agak tidak mengizinkan. Mungkin sekarang sedikit lapang, InsyaAllah. Jomjom deal ;)


Sneak Peek sikit ;)