Wednesday, July 24, 2013

Tips Hadapi Kemurungan.


Assalamualaikum.




Bagaimana boleh mengelak seseorang menjadi murung atau depress? Kemurungan kebanyakannnya adalah hasil dari mempunyai masa terluang dan membiarkan minda kita melayang tanpa tentu, samada kita dalam keadaan gembira atau tidak.


Untuk mengatasinya mudah, kawal minda kita daripada melayang liar dengan melakukan kerja. Apabila kita membuat sesuatu dengan serius, darah kita akan bergerak dan minda kita akan mula fokus.


Dengan sekejap saja, kita akan terasa minda kita bebas daripada kebimbangan dan ketakutan akibat pemikiran kita yang liar. 


(Quran 9: 105)
“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”


Bagi yang menghadapi kemurungan, teruskan membuat kerja dan konsisten - kerana itulah ubat paling murah Allah berikan kepada manusia dalam menghadapi kemurungan. 


Senyum :)



p/s : Kemurungan juga boleh menjadi salah satu sebab yang mendekatkan kita kepada Allah ;) La Tahzan. Allah akan beri yang lebih baik jika kita bersabar atas ujianNya. Ada hikmah disebaliknya yang kita belum tahu.




8 comments:

  1. lama tak singgah blog nanad :)
    Bagus jugak tips ni.. anis pun rasa mcm tu, kalau kita sibukkan diri kita, tak de lah kita asyik fikir benda bukan2 kan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam anis ^_^ long time no see kan..hehe
      Yup, betul tu. bila sibuk, fikiran kita jadi fokus. nak verangan pun tak sempat ;)

      Delete
  2. Assalamualaikum nanad
    Fienaz dah review semua doodle nanad
    Ya Allah, comel-comel belako dengan gaya muslimahnya
    Suka sangat!!!

    *Maklumlah baru menjejakkan tapak cursor kat blog nanad nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.
      wahh, terima kasih fiena sebab sudi singgah blog nanad ni ^_^
      alahai, terharu pulak :') terima kasih byk2 fiena, rajin2 singgah sini selalu ;)
      salam perkenalan dari nanad :)

      Delete
    2. kalau cara ckj, ckj akan dengar lagu pakai headphone. tak pun ckj akan buat benda-benda yang ckj suka untuk realese tension.

      Sibukkan diri pun salah satu cara yang terbaik untuk elakkan kita fikiran kita terus fikir benda-benda yang tak elok masa tengah bad mood. >_<

      Delete
    3. ha'ah, nanad pun suka buat benda yang sama.
      kadang2 bila tengah sedih, susah sikit nak fokus buat kerja ^^ huhu

      Delete