Thursday, July 18, 2013

Bagaimana saya ingin menghayati bacaan Al-Quran yang dibaca ketika menunaikan solat tarawih jika saya tidak memahami maksud bacaan yang dibaca?


Assalamualaikum.


Maafkan tajuk yang begitu panjang, ehe. Ramadhan dah masuk hari ke sepuluh, Alhamdulillah. Syukur kerana kita masih diberi kesempatan untuk melipatgandakan ibadah kita pada bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan sangat sinonim dengan solat sunat tarawih yang memang tak ada pada bulan-bulan lain. Sungguh special di situ ^_^


Tapi, berapa ramai antara kita (termasuk-masuk yang tengah menaip ni =,="), betul-betul fokus dan hayati bacaan Al-Quran yang dibacakan Imam sewaktu menunaikan solat tarawih? Bagi orang yang tengah menaip ni, hal ini yang selalu terjadi...


Kadang-kadang kita tak sedar pun bila fikiran kita mula menerawang sewaktu solat berjemaah terutama sekali sewaktu Imam membaca bacaan Al-Quran yang agak panjang daripada biasa. Tau-tau dah melayang terbayang kuih tepung pelita yang kita simpan takmo makan waktu berbuka tadi sebab nak save makan buat more. Lepas tu terdengar pulak bunyi budak-budak kecik ketawa sambil main lari-lari, tak pasal-pasal tiba-tiba terflashback zaman kita kanak-kanak ribena dulu dok main bunga api blink blink ditemani sinaran cahaya pelita minyak tanah...bla..bla..bla..


Allahu, dah jauuuuh sangat tu. Susah kan nak fokus dan khusyuk pada sesuatu yang kita tidak fahami. Nanad ada terjumpa satu artikel menarik yang bertajuk; 'How can I enjoy listening to the Qur'an in Taraweeh when I don't understand what is being recited?' Nampak tak tajuk yang telah di-google-translate-kan di atas ;) hehe. Artikel ni sangat menarik, tak rugi baca sampai habis. Secara ringkasnya, artikel ini mengajar kita cara-cara untuk cuba belajar fahami dan hayati isi kandungan Al-Quran dan cuba praktikkan ke dalam solat tarawih mahupun di dalam solat harian. 




Langkah pertama adalah dengan menjadikan tafsir Al-Quran sebagai teman kita yang paling akrab sekali. Setiap kali membaca Al-Quran, jangan lupa untuk turut membaca serta hayati maksudnya. Bak kata orang, 'baca Al-Quran ni kena feel lebih daripada baca novel.' Kalau kita betul-betul hayati setiap kalam Allah ini, tak mustahil kita boleh habiskan tisu berkotak-kotak. Untuk permulaan, tekankan keyword-keyword yang penting dan selalu berulang seperti syurga dan neraka supaya kita boleh fokus dan faham bacaan di dalam solat nanti.




Langkah kedua, rajin-rajinkan diri untuk sentiasa mendengar bacaan ayat suci Al-Quran tidak kira apa yang sedang kita lakukan dan di mana kita berada (selain tandas). Ini untuk jadikan kita familiar atau terbiasa dengan ayat Al-Quran tersebut beserta maksudnya dan secara tidak langsung kita boleh hafal kedua-duanya sekali, InsyaAllah. 




Apabila kita sudah mula biasa dan hafal serba-sedikit ayat Al-Quran beserta maksudnya, bolehlah kita cuba praktikkan ke dalam solat taraweeh mahupun solat harian kita. Bila terjumpa potongan ayat yang membicarakan tentang azab api neraka, cuba untuk hayati dan bayangkan tentang azabnya yang pedih. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya kita boleh elakkan fikiran kita dari menerawang entah ke mana ketika Imam sedang membacakan ayat suci Al-Quran.




Apabila terjumpa potongan ayat yang membicarakan tentang kenikmatan di syurga, cuba untuk hayati dan bayangkan keindahannya bersama orang yang kita sayang. Dengan cara ini, kita boleh belajar untuk khusyuk di dalam solat, InsyaAllah. 


Tak dinafikan, ia memerlukan jangka masa yang panjang dan kesungguhan yang kuat untuk kita fahami dan hayati di samping menghafal setiap bait makna yang terkandung di dalam Al-Quran. Tapi, tak salah kiranya kita mulakan dengan baby steps, sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Memetik kata-kata penulis yang menulis artikel itu; 


"However, we have the capability to revolutionize this experience, with Allah’s Help. We can become of those who truly understand, whose hearts are captivated and whose limbs are calmly in awe, whose minds are blown away at what we are listening to of the Qur’an. The methods are there and the tools are available. The real question is: Are we willing to make the time and dedicate the effort?"

Jom kita cuba sama-sama ;)




12 comments:

  1. alhamdulillah suka sangat entri ni dan kartun tu comel he3...ye kena hayati dan belajar fahami ayat2 yang dibaca.maklumlah kita ni lidah orang melayu...bila baca arab ni tau2 jelah.tqvm sangat2 entri ni suka..suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ^^
      betul tu kak lea, kdg2 cemburu dgn org arab -,- huhu
      your welcome kak lea ;D

      Delete
  2. Insyaallah sama sama kita amalkan. Terima kseh nanad ats pringatan yg amat brguna ni. Moga mndpt manfaat bersama. Amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Amin. sama2 kita cuba amalkan yuk ;)

      Delete
  3. susah nk fokus kekadang sbb budak2 kt luar berlari main menjerit..main mercun..adehhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu betul. Tak tau nak marah budak2 tu atau parents budak2 tu. uhu..

      Delete
  4. termasuk saye jgk la..
    kalo imam bace surah pjg, pale ni duk fikir mcm2.. berangan lbh.. haha..

    akn prektikkan apa yg nanad tulis ni..
    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..time2 tu jugak lah semua benda nak difikirkan..huhu..
      InsyaAllah, sama2 kita cuba ;)

      Delete
  5. Suka baca entry nie . Btol tuh nanad kdang2 susah nak fokis bila ada ganguan . Kdg2 kpa asyik fikir bnda lain je .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. Nanad pun sama jugak T.T huhu. susah betul nak fokus kan.

      Delete