Assalamualaikum.
Fuhhhhhhh!!!~
*Tiup-tiup habuk*
Lamanya tak update! Last update pun bulan puasa hari tu! Pejam celik pejam celik dua bulan setengah dah pun berlalu. Bermakna??? Bermakna harus lah saya kembali menjadi student setelah dua bulan lebih bersenang-lenang mengumpul lemak. hehe
Cepat hai balik! :P hehe. Dah lama sangat tak mendoodle ni. Sejak bulan puasa hari tu jugak =,=" Sebab-musababnya laptop telah diserang virus dan peluang sangat tipis untuk selamat T.T ergh..hanya mampu berserah dan redha.
Makanya nanad tidak dapat mengambil sebarang doodle order dalam waktu terdekat ni kerana laptop masih dalam ICU T.T maafkan saya... Doodle kat atas tu lukis guna paintsai, curik-curik install dalam pc abang, lepas ni nak kena uninstall balik sebelum kena marah dengan beliau..huhu
So, minggu depan dah start semester baru bagi student degree macam saya :D Macam biasa lah bila dah nak mula sem ni macam-macam azam baru tersemat dalam jiwa dan raga ni ;) Bagus lah tu, sekurang-kurangnya kita ada cita-cita ye dak? ;D Mesti semangat!
Oh ya, sekarang ni nanad macam lebih suka lepak di twitter (@nanadhasnan) daripada facebook ^_^ So, kawan-kawan yang suka share tweet-tweet berilmu dan bermanfaat tu bagitau lah, nanti nanad follow ;D Al-maklumlah, masih newbie, still blurr dengan selok-belok twitter ni.
Okay, kena sambung packing-packing barang T.T Doakan laptop boleh cepat sembuh dan boleh berada dalam dakapanku semula untuk sambung mendoodle. :) Salam, have a blessed jumaah ^_^