Saturday, March 31, 2012

Wajah Baru~



Assalamualaikum.


Pagi tadi bukak-bukak ja facebook page tiba-tiba terasa lain macam =.= ohh~ sudah sampai 31mac2012 rupanya. Secara rasminya semua fanpage akan bertukar kepada format timeline. huu~ rasa kurang best disitu T^T Tapi tak apa lah, alah bisa tegal biasa ^_^




Hehe..ada berita gembira ^_^ lepas ni kawan-kawan boleh lah hantar private message terus ke fanpage blog ni. Kalau nak order doodle, nak tanya tutorial doodle yang simple-simple, ataupun nak borak-borak, boleh lah KLIK butang itu :D




Sunday, March 25, 2012

Kerana Itulah Apa Yang Sering Saya Lakukan :'(



Assalamualaikum.





"Kadang-kadang menjaga hati orang lain di sekeliling kita itu lebih penting dari menjaga hati kita sendiri. Betul ke?"



Mood : Luka dalam hati :') tsk~




Saturday, March 17, 2012

YOSH!



Assalamualaikum.


Hmm..kadang-kadang, tak tentu pasal, tak kira masa, tiba-tiba terasa DOWN sangat-sangat. Terus buat semangat nak study jadi tawar dan lemau. Sampai kan satu masa pernah rasa macam nak give up terus! TAK NAK belajar dah! Rasa macam tak ada MASA DEPAN! Ya Allah T.T


Tapi bila fikir-fikir balik tentang cita-cita yang menggunung, harapan mama dan abah, tanggungjawab sebagai seorang manusia, terus set in mind.."AKU KENA KUAT!"


Pernah terdengar satu cerita ni, tak berapa ingat siapa yang cerita tapi cerita ni mengisahkan seorang pelajar ni, pelajar ni lemah sikit dalam pelajaran dia dengan kata lainnya lembab sikit nak faham dan ingat apa yang dia belajar. Tapi dia rajin berusaha, rajin sangat-sangat. Tapi dia tak pernah score dengan baik dalam quiz mahupun exam. Tapi dia tak pernah putus asa, dia tau dia lemah, so dia tetap usaha jugak. Tapi begitu lah, dia usaha banyak mana pun, hasilnya masih kurang memberangsangkan. Tapi dia tak pernah putus asa! Dia usaha lebih lagi! Akhirnya bila final exam menjelma, BOOM! dapat cgpa 3.80 terus.





Dengan berkat usaha yang tak pernah padam, dan sikap tak pernah putus asa, InsyaAllah, kejayaan itu pasti akan jadi milik kita. Jadi, kepada kawan-kawan yang bakal menempuh mid-sem test lagi 2-3 minggu ni, usaha kow-kow ok! Make sure bekalan carry marks mencukupi untuk final exam nanti. Jangan mengharap sepenuhnya pada final exam yang maha susah tu T.T


Pada adik-adik yang nak ambik result SPM hari rabu ni, GOOD LUCK! ^_^ Pada yang dapat flying colours tu, ucapan TAHNIAH diucapkan awal-awal. Pada yang belum ada rezeki tu, jangan bersedih sayang ;) ingat.. gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. ^_^


Ok =,=" panjangya post..perlu start buat tutorial sekarang. kbye, Salam :)



Friday, March 9, 2012

Pemilik Rusuk



Assalamualaikum.



Ada seorang teman rapat mengadu, beliau dalam kekecewaan yang teramat disebabkan seorang lelaki. Hmm.. Saya mengerti perasaan beliau, tapi saya tak tahu nak kata apa. Pakar cinta itu bukan saya =.=" Maka saya ringkaskan apa yang saya rasakan sesuai untuk situasi beliau sekarang ni..huhu..Harap beliau faham.


Btw, terjumpa quote ini di status seorang sahabat di facebook. Tak pasti dari mana sumber sebenar. Kepada, pemilik quote, maaf ya, pinjam tak minta izin. Quote awak best sangat ^_^



Friday, March 2, 2012

Kerana Wanita Begitu Berharga



Assalamualaikum.




[1] Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.


[2] Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.


[3] Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.


[4] Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.


[5] Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.


[6] Haram jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.


Sumber : Ustaz Azhar Idrus