Thursday, July 26, 2012

Tanah Kubur




Assalamualaikum.


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas :')

Cepat sungguh masa berlalu. Diam tak diam kita dah memasuki Ramadhan ketujuh. Apakah? =..=" Terasa macam sikit sangat sangat dan SANGAT amalan yang telah dilakukan sepanjang Ramadhan ini T.T Allahu Rabbi, ampunkanlah hambaMu ini...


Untuk tidak jadikan Ramadhan ini berlalu dengan sia-sia seperti tahun-tahun lalu, saya cuba dan terus mencuba dari hari ke hari untuk menyusun masa dengan sebijaksana mungkin dan kini masih mencuba :')


Imam Malik bin Anas menangis ketika hendak berbuka puasa. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata:
"Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah s.a.w. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku cuma sedikit."

Astaghfirullahal'azim T.T

Kadang-kadang (bukan kadang-kadang tapi SELALU) rasa malas tu datang tanpa diundang lalu diri ini pun melayan sifat MALAS yang bagaikan cancer meresap-resap ke seluruh badan dan menyeru diri ini untuk terus bermalas-malasan. Solusi terbaik untuk 'beribadah' sambil bermalasan adalah menonton TV Al-Hijrah :D dan juga ASTRO OASIS :D Sambil bermalas, sambil mendapat input, belajar 30 minit bersama Ustaz Don mahupun berzikir ^_^


Buat masa ni tak pernah miss cerita Tanah Kubur. Walaupun tayangan ulangan tapi tak jemu tengok. Banyak iktibar kita boleh dapat dari cerita sebegitu. Paling terkesan dengan dialog wajib Nasir Bilal Khan, "Ini semua bahagian masing-masing." Nauzubillah min zalik T.T



Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1.Hendaklah ia menjaga solatnya.

2.Hendaklah dia rajin bersedekah.

3.Hendaklah dia rajin membaca al-Quran.

4.Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.


Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :

1. Jangan berdusta.

2. Jangan mengkhianati.

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).

4. Jangan kencing sambil berdiri.



Yuk! Kita practice dari sekarang ;D InsyaAllah.


p/s : Mungkin cerita Tanah Kubur patut buat 'bahagian' bagi mereka yang beriman kepada Allah pulak supaya kita boleh berebut-berebut beribadah kepadaNya. :')




Monday, July 23, 2012

Bulan Ramadhan-Bulan Perubahan



Assalamualaikum.


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas :')
Hari ini sudah masuk Ramadhan ketiga ^_^ harap semua sihat-sihat belaka hendaknya.


MUJAHADAH... Satu perkataan yang boleh dikatakan masih baru dalam kamus hidupku yang penuh hina ini T.T Mujahadah bermaksud berusaha bersungguh-sungguh untuk melawan dan menundukkan kehendak nafsu. Kehendak nafsu itu boleh dipecahkan kepada banyak cabang, nafsu makan, nafsu shopping, nafsu dalam melakukan perkara yang sia-sia dan macam-macam lagi.


Sememangnya mujahadah ini tersangat pahit kerana kita perlu meninggalkan segala perkara duniawi yang dicintai (tetapi melalaikan) demi mendapatkan cinta yang hakiki iaitu cinta Rabbul 'alamin. Bagi insan hina seperti aku yang mempunyai iman senipis kulit bawang, terkadang (bukan terkadang tapi terselalu) leka, lalai, alpa, dan asyik mengikut nafsu sahaja dalam apa-apa perkara. Maka Ramadhan kali ini aku berazam untuk mengambil 'baby step' sedikit demi sedikit buang sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri ini. Mampukah aku? Aku sendiri tak yakin dengan kemampuan diri ini T.T tapi satu benda aku percaya, 'Mujahadah itu pahit kerana Syurga itu manis' :')



Jom kita cuba sama-sama ^_^ Siapa tahu, mungkin ini Ramadhan terakhir kita? Bak kata seorang teman, bulan Ramadhan adalah waktu terbaik untuk berubah kerana kita hanya berperang dengan nafsu sendiri tanpa ada gangguan dan hasutan syaitan. Sudah tiba masanya kita buat 'surprise' kepada syaitan apabila mereka dilepaskan ikatan selepas bulan Ramadhan. Pastikan mereka 'terkejut' dan kecewa melihat perubahan iman dan taqwa kita, InsyaAllah :)




Saturday, July 21, 2012

Let's Purify Our Intentions



Assalamualaikum.


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas :)
Terasa nak share video terbaru MatLuthfi yang memang tak pernah mengecewakan lah ;)
Salam 1 Ramadhan
^_^




"Lagipun kita berpuasa ni bukan sebab orang lain, bukan sebab awek apa, kita beribadat untuk tuhan kita. Sambil tu kita menyelamilah penderitaan orang-orang yang tak bernasib baik"

*part main tennis tu lawak* XD


P.U.A.S.A. = (P)eringatan (U)ntuk (A)wak (S)aya & (A)nda semua untuk menahan diri daripada makan & minum & perkara-perkara yg membatalkan puasa :D


Amalan waktu siang



Amalan waktu malam