Thursday, July 26, 2012

Tanah Kubur




Assalamualaikum.


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas :')

Cepat sungguh masa berlalu. Diam tak diam kita dah memasuki Ramadhan ketujuh. Apakah? =..=" Terasa macam sikit sangat sangat dan SANGAT amalan yang telah dilakukan sepanjang Ramadhan ini T.T Allahu Rabbi, ampunkanlah hambaMu ini...


Untuk tidak jadikan Ramadhan ini berlalu dengan sia-sia seperti tahun-tahun lalu, saya cuba dan terus mencuba dari hari ke hari untuk menyusun masa dengan sebijaksana mungkin dan kini masih mencuba :')


Imam Malik bin Anas menangis ketika hendak berbuka puasa. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata:
"Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah s.a.w. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku cuma sedikit."

Astaghfirullahal'azim T.T

Kadang-kadang (bukan kadang-kadang tapi SELALU) rasa malas tu datang tanpa diundang lalu diri ini pun melayan sifat MALAS yang bagaikan cancer meresap-resap ke seluruh badan dan menyeru diri ini untuk terus bermalas-malasan. Solusi terbaik untuk 'beribadah' sambil bermalasan adalah menonton TV Al-Hijrah :D dan juga ASTRO OASIS :D Sambil bermalas, sambil mendapat input, belajar 30 minit bersama Ustaz Don mahupun berzikir ^_^


Buat masa ni tak pernah miss cerita Tanah Kubur. Walaupun tayangan ulangan tapi tak jemu tengok. Banyak iktibar kita boleh dapat dari cerita sebegitu. Paling terkesan dengan dialog wajib Nasir Bilal Khan, "Ini semua bahagian masing-masing." Nauzubillah min zalik T.T



Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1.Hendaklah ia menjaga solatnya.

2.Hendaklah dia rajin bersedekah.

3.Hendaklah dia rajin membaca al-Quran.

4.Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.


Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :

1. Jangan berdusta.

2. Jangan mengkhianati.

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).

4. Jangan kencing sambil berdiri.



Yuk! Kita practice dari sekarang ;D InsyaAllah.


p/s : Mungkin cerita Tanah Kubur patut buat 'bahagian' bagi mereka yang beriman kepada Allah pulak supaya kita boleh berebut-berebut beribadah kepadaNya. :')




28 comments:

  1. kita ni buka ikut nafsu..mkn nk byk je..=_="

    ReplyDelete
  2. saling beringat :)
    sesungguhnya kematian akan menghampiri semua orang ..

    ReplyDelete
  3. sis pun suka tanah kubur..walaupun ulanangan mesti tengok..

    ReplyDelete
  4. info berguna ! tq !
    nisa follow awak :D

    ReplyDelete
  5. makanan lebihnya dari amalan, saya pun. saya pun tak ketinggalan tgok cerita tanah kubur walaupun 30 minit je. InshaAlllah sama2 kita practice di puasa yg masih berbaki ni. :)

    ReplyDelete
  6. Allahu Rabbi..
    terima kasih kerana memperingatkan..
    yok! sama2 tingkatkan amalan di bulan yang mulia ini :D

    ReplyDelete
  7. suke gak tgok cite tanah kubur..
    taon lps ade ulangan lps sahur..
    taon ni xde plak..
    huhu

    ReplyDelete
  8. sye suke tengok 30 minit Ustaz Don. cara penyampaian dia sgt fun dan casual. senang utk terima apa yg dia ajar ;)

    ReplyDelete
  9. kadang-kadang kita tamak. lagi-lagi bulan puasa ni. tu nak ini nak. sama-samalah kita kawal nafsu. Insyallah. Happy fasting dear :)

    ReplyDelete
  10. suka semua post unsur islamik akak!!!!!!!

    keep up the goood work :) Teruskan yer!

    Assalamu'alaikum. May Allah bless~~~ :)

    ReplyDelete
  11. @merahitujambu sama lah nanad pun T.T selagi muat perut ni selagi tu sumbat T.T

    ReplyDelete
  12. @Anis Adila Aris betul :) mati itu pasti dan tidak mengira usia.

    ReplyDelete
  13. @Azzah kan ^_^ cerita pengajaran macam tu ulang2 banyak kali lagi bagus.

    ReplyDelete
  14. @_NisaFuzi_ your most welcome ^_^ thanks sudi follow :)

    ReplyDelete
  15. @Asyiqin Haulisah 30 minit yang menginsafkan :') InsyaAllah, sama2 kita cuba ^_^

    ReplyDelete
  16. @Hanamiko Sakura ingatan untuk diri sendiri juga T.T Ayuh! :D

    ReplyDelete
  17. @Ezy Chiaki ulangan tak silap lepas asar ^_^ episode baru setiap jumaat 7.30pm ;)

    ReplyDelete
  18. @AmyZana saya pun ^_^ tak rasa bosan pun kan.

    ReplyDelete
  19. @Rara Nasiha betul T.T akhirnya pembaziran berlaku..huhu..InsyaAllah :) happy fasting too ^_^

    ReplyDelete
  20. @Anonymous Wasalam :) Alhamdulillah, terima kasih adik :'D InsyaAllah2 ^_^

    ReplyDelete
  21. @Atiqah Wadiah Your welcome ^_^ sharing is caring ;)

    ReplyDelete
  22. tumpang lalu and nak singgah sahur kat blog nih jap..

    ReplyDelete
  23. tu la.. kena byk jauhkan diri dr sifat2 camtu.. selalu sgt TERlalai.. heshhh ~








    slm ramadhan,
    cik ana

    ReplyDelete
  24. jazakallahu khairan for the info :)

    ReplyDelete
  25. Hello SiS <3...
    how are you?
    I like your blog and your the one who taught me how to doddle....
    your blog was nominated for the Liebster Award!!!
    Check it out at http://itrazu.blogspot.com.au/2012/07/leibster-award.html

    ReplyDelete
  26. Hello SiS <3...
    how are you?
    I like your blog and your the one who taught me how to doddle...
    your blog was nominated for the Liebster Award!!!
    Check it out at http://itrazu.blogspot.com.au/2012/07/leibster-award.html

    ReplyDelete