Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday #8 : Always T^T

Tuesday, August 2, 2011

Dear Nanad, ... [CLOSED]

Assalamualaikum.


Memandangkan tak lama lagi nak raya =.=" ehee..taktak.. Memandangkan bulan puasa dah bermula, banyak hal yang perlu diberesin tambahan pula bulan september ni saya dah nak mula belajar balik. (ayat sungguh tertib bukan?oh,well) Bila fikir-fikir balik memang banyak sangat benda nak settle bulan ni.


So, saya telah percepatkan tarikh tutup Giveaway FREE Doodles ni sebab takut tak terbuat di kemudian hari memandangkan saya akan sangat-sangat sibuk seminggu akan datang. Memandangkan minggu ini saya free, maka saya decide untuk settlekan doodles pemenang minggu ini jugak ^^ Tapi kalau tak sempat maybe akan tunda ke minggu depan T^T Maaf yeee~


Terima Kasih tak terhingga pada yang sudi join :D Gembira sangat ni ^_^ Kalau boleh memang nak lukiskan doodle untuk anda-anda semua tapi apakan daya, Mama dah mula bising bila tengok saya asyik mengadap laptop T^T Ampun ibu!~ So, dengan rasminya, 'Dear Nanad, Nak Doodle FREE' is..





Jangan sedih-sedih T^T Banyak lagi doodler di luar sana tengah offer doodle for FREE :D



p/s : Saya dah jumpa 5 pemenang bertuah ;D Tunggu di entry akan datang!~



Dear Nanad, Nak Doodle FREE! [CLOSED]

Assalamualaikum.




Memperkenalkan kat atas tu Nanad. Say Hi to Nanad lekaih, Hi Nanad......~~ ok cukup =.=" Tak boleh lebih-lebih, karang tiba-tiba akan timbul hidung kembang pada doodle itu. Walaupun ia tidak berhidung =.="


Biasanya saya akan open request and offer doodle pada yang comment paling cepat, hehe, ada orang kata.."tak aci lah begitu!".. Hmm, betul jugak, ada orang online tengah-tengah malam. Saya pulak selalu open request tengah-tengah siang.


Oklah, oklah, nak kasi aci kan? Meh join sini meh ;) ...


  1. Buat satu entry bertajuk "Dear Nanad, Nak Doodle FREE!" (tapi kalau nak letak tajuk lain pun boleh saja)
  2. Tempekkan gambar tak berhidung kat atas tu berserta LINK kepada entry ini.
  3. Sambung ayat ni dengan sedikit skema dan kreatif serta puitis.. "Dear Nanad, saya nak doodle FREE sebab...tidak lebih 150 patah perkataan. Ok tipu, tak kisah pendek/panjang ayat tu ;) (TAU,MESTI RAMAI YANG MALAS NAK BUAT PART NI =.=" hehe.. TAK NAK BUAT PUN TIDAK MENGAPA :D JUST PASTE GAMBAR DAN LINK OK?) ;D

Sekurang-kurangnya, LIMA pemenang akan dipilih. Aci tak macam ni? :D Tarikh tutup, belum decide lagi ;) Meh lah join ye, sambil promote blog picisan ini. This might be my final offer for FREE doodle just for YOU!


Selepas siapkan entry, sila tinggalkan URL entry di ruangan komen :) Sekian, Terima Sayang! :D