Showing posts with label request. Show all posts
Showing posts with label request. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

Dear Nanad, ... [CLOSED]

Assalamualaikum.


Memandangkan tak lama lagi nak raya =.=" ehee..taktak.. Memandangkan bulan puasa dah bermula, banyak hal yang perlu diberesin tambahan pula bulan september ni saya dah nak mula belajar balik. (ayat sungguh tertib bukan?oh,well) Bila fikir-fikir balik memang banyak sangat benda nak settle bulan ni.


So, saya telah percepatkan tarikh tutup Giveaway FREE Doodles ni sebab takut tak terbuat di kemudian hari memandangkan saya akan sangat-sangat sibuk seminggu akan datang. Memandangkan minggu ini saya free, maka saya decide untuk settlekan doodles pemenang minggu ini jugak ^^ Tapi kalau tak sempat maybe akan tunda ke minggu depan T^T Maaf yeee~


Terima Kasih tak terhingga pada yang sudi join :D Gembira sangat ni ^_^ Kalau boleh memang nak lukiskan doodle untuk anda-anda semua tapi apakan daya, Mama dah mula bising bila tengok saya asyik mengadap laptop T^T Ampun ibu!~ So, dengan rasminya, 'Dear Nanad, Nak Doodle FREE' is..





Jangan sedih-sedih T^T Banyak lagi doodler di luar sana tengah offer doodle for FREE :D



p/s : Saya dah jumpa 5 pemenang bertuah ;D Tunggu di entry akan datang!~



Dear Nanad, Nak Doodle FREE! [CLOSED]

Assalamualaikum.




Memperkenalkan kat atas tu Nanad. Say Hi to Nanad lekaih, Hi Nanad......~~ ok cukup =.=" Tak boleh lebih-lebih, karang tiba-tiba akan timbul hidung kembang pada doodle itu. Walaupun ia tidak berhidung =.="


Biasanya saya akan open request and offer doodle pada yang comment paling cepat, hehe, ada orang kata.."tak aci lah begitu!".. Hmm, betul jugak, ada orang online tengah-tengah malam. Saya pulak selalu open request tengah-tengah siang.


Oklah, oklah, nak kasi aci kan? Meh join sini meh ;) ...


  1. Buat satu entry bertajuk "Dear Nanad, Nak Doodle FREE!" (tapi kalau nak letak tajuk lain pun boleh saja)
  2. Tempekkan gambar tak berhidung kat atas tu berserta LINK kepada entry ini.
  3. Sambung ayat ni dengan sedikit skema dan kreatif serta puitis.. "Dear Nanad, saya nak doodle FREE sebab...tidak lebih 150 patah perkataan. Ok tipu, tak kisah pendek/panjang ayat tu ;) (TAU,MESTI RAMAI YANG MALAS NAK BUAT PART NI =.=" hehe.. TAK NAK BUAT PUN TIDAK MENGAPA :D JUST PASTE GAMBAR DAN LINK OK?) ;D

Sekurang-kurangnya, LIMA pemenang akan dipilih. Aci tak macam ni? :D Tarikh tutup, belum decide lagi ;) Meh lah join ye, sambil promote blog picisan ini. This might be my final offer for FREE doodle just for YOU!


Selepas siapkan entry, sila tinggalkan URL entry di ruangan komen :) Sekian, Terima Sayang! :D



Monday, August 1, 2011

Doodle Request For 'Lisa Surihani'


Assalamualaikum.


Dipetik daripada belog 'Lisa Surihani' ;D




Ngehngehngeh~ Siapakah gerangan budak comel itu? Ahah..thanks for your inspiration, dear NinaAziz ^_^ Ye, NinaAziz lah Lisa Surihani tu. Sebab apa Lisa? Sebab saya suka tengok senyuman beliau, macam senyuman Lisa Surihani. Serius, tak tipu maa~ ;D Ce pergi terjah belog beliau ;) Sama kan? :D


And here goes your doodle ^_^ Hope you like it! Sorry kalau cik 'Lisa Surihani' tidak berkenan dengan doodle itu T^T








Saturday, July 30, 2011

Alhamdulillah.

Assalamualaikum.


Seronok baca entry-entry anda yang bertajuk "Dear Nanad, Nak Doodle FREE!". Hehe, macam-macam lah korang ni. Tersengih-sengih sorang-sorang depan laptop saya jadinya =.=" huhu.. Terima Kasih ye sudi bagi sokongan ^_^ Rasa macam nak buatkan doodle untuk semua yang join je, boleh tak? ;D Maaf tak sempat komen, sebab tengok cepat-cepat. Nanti saya akan komen semua entry-entry anda tu ok? :D


Alhamdulillah, rezeki Ramadhan :) ada tempahan masuk walaupun baru mula berjinak-jinak, terima kasih tak terhingga ^_^ Maaf ya, buat masa ni request tidak dibuka, tapi anda boleh cuba nasib dekat SINI. Tapi kalau nak tempah, boleh juga ;D Saya buka untuk tempahan header dan doodle sahaja. Harga boleh runding ^_^ Bergantung kepada keikhlasan anda. Doodle saya biasa-biasa saja, tak berani nak letak harga mahal-mahal. Kalau berminat, boleh IM saya di SINI atau di SINI. Berapa banyak di SINI daa~ =.=" Ataupun boleh email saya di nanadhasnan@yahoo.com ^_^


Hoyeah!~ Saya dapat doodle lah :D Seronok gilos lah! Comel dan jelita pulak tuh. ngehngehngeh.. Terima Kasih pada Doodlelicious dan Merahitujambu sebab sudi buatkan doodle comel dan jelita ni untuk saya ^_^ sukasukasuka!!!










Friday, July 29, 2011

Doodle Request For Nanakimie :D

Assalamualaikum.



Doodle for Nanakimie




I'm sorry nanakimie sebab tak dapat buat teddy bear as you requested :( Tapi saya dah gantikan dengan Hello Kitty kat baju tu :) Hope you like it?




p/s : Yeayh! Seronoknya! Dah ada orang tempah lah :D
p/s/s : pst~ kalau ada sesiapa nak tempah, boleh inform saya dekat fanpage Belog Nanad Hasnan ;D




Special Doodle Request From MerahItuJambu :D

Assalamualaikum.





Ini adalah special request, hanya orang terpilih ja boleh dapat :P ehe, tak ada lah. Cik MerahItuJambu ni sama macam saya lah, obses dengan PINK. So, tadaa~ Hope you like it! ;D



terima kasih :')



p/s : Nak doodle jugak tak? Meh, usha SINI :D

p/s/s : sedang bertungkus-lumus menyiapkan request terdahulu.





Thursday, July 28, 2011

Doodle Request for Umie :D


Assalamualaikum.





Request seterusnya adalah from Umie si Gangster yang Cute ;) ngehngeh.. Tak tau Umie nak doodle yang macam mana, pergi usha belog Umie nampak banyak colour black and white =.= So, saya assume Umie suka colour black and white lah :D ngehngeh lagi sekali. Hope Cik Umie yang gangster tapi cute berkenan lah dengan doodle tak seberapa tu. ;) Hari ni bersemangat nak settlekan semua request! (^_^)y


p/s : Terima kasih kepada anda-anda yang sudi bagi idea untuk harga doodle ni kalau nak buat tempahan. Heh, rasanya doodle saya ni murah je kot ;D sebab ia biasa-biasa aja :) Terima kasih sudi singgah dan komen ^_^



Doodle Request for Clara :D

Assalamualaikum.






Pertama sekali nak mintak maap kat Cik adik Clara sebab tak follow betul-betul request yang direquest. Ayoyo, manyak mintak maap T^T Terlupa nak lukis tshirt. Mula-mula sebelum start lukis dah baca dah comment Clara kat bawah ni.





Entah mengapa terlebih syok sendiri tersilap tang sweater dan tshirt. Cik adik Clara kata tak ada sweater yang tak apa, tapi tersalah faham terbuat tak ada tshirt pula. Dah save semua baru perasan. Harap bisa dimaapkan. And lagi satu, harap Cik adik Clara tidak kisah dengan hood yang sedikit mencacatkan doodle tu T^T.



p/s : soalan cepumas=kalau anda berniat nak tempah doodle saya, agak-agak anda nak bayar berapa? ;) cuma mintak pandangan, belum terasa nak jual lagi.hehe.





Sunday, July 24, 2011

Kepada 15 Pengomen Yang Terawal Semalam (Doodle Request)

Assalamualaikum.



I'm sorry about the title =.=" Entah kenapa tiba-tiba ketiadaan perkataan pula tengah hari ni. Terlalu excited barangkali. Huhu. Ok, merujuk entry semalam, saya open for 5 earliest commentars tapi entah kenapa mood baik saya muncul untuk menambah bilangan commentars kepada 15! Hoyeah! Hoyeah! ;D


Saya pun tak sabar nak lukis doodles untuk awak semua tapi kan tapi kan.. Hmm.. Otak tengah kosong ni, tak tau nak lukis apa. So, why not anda-anda pengomen yang terlist di bawah ini tulis di ruangan komen ciri-ciri doodle yang anda nak. Okay?








Excited sebab tak sangka ramai yang request and suka. Hehe. Sampai comment yang tak ada perkataan nak pun saya accept ;) Maybe akan open more request lepas ni ;D





Menambah keterujaan bila Doodlelicious yang sememangnya doodler yang superb nak buat doodle trade :D Hoyeah! Hoyeah! Nak! Nak! Hehe..



#2 Doodle Request For Free [CLOSED]


Assalamualaikum.






Limited to FIRST FIVE COMMENTORS. JANGAN LUPA TULIS NAK! :D



Saturday, July 23, 2011

Two Doodle Request...Done! :)

Assalamualaikum.


So, ini adalah baki doodle request hari itu tapi lambat sikit update sebab balik kampung hari Khamis lepas. Hehe, baru ada chance nak online. Apa lagi, nak blogwalking ke belog-belog anda sekarang~! Sebelum tu, ini dia doodle..








Harap anda berdua suka lah ;D Time to blogwalking yeeehaaaaa~~!

Tuesday, July 19, 2011

Three Request Done!


Assalamualaikum.


First of all, nak mintak manyak-manyak sorry kepada mereka-mereka yang terlewat sedikit untuk comment/request dekat entry sebelum ni. InsyaAllah, next week saya akan open request lagi ^_^ maybe more than three!


So, ini dia first comment/request!




Tadaa~ Nampak macam muka budak-budak tak? Silakan ambil doodle ini dan buat hak milik sendiri ^_^ Sorry jika anda tidak berkenan. Ini saja yang saya mampu ;) huhu





Ini pula second comment/request!




Tadaa~ Rambut doodle ni ala-ala rambut sis marya hana sikit. Silakan ambil doodle ini dan buat hak milik sendiri ^_^ Sorry jika anda tidak berkenan. Ini saja yang saya mampu ;) hehe





Untuk third request ini, saya proceed kepada comment keenam yang ada perkataan nak. Sebab, kalau tak ada perkataan nak, saya consider dia tak nak. Hehe, boleh tak macam tu?




Tadaa~ Hope doodle ni menepati request anda. Silakan ambil doodle ini dan buat hak milik sendiri ^_^ Sorry jika anda tidak berkenan. Ini saja yang saya mampu ;) hoho





Tiba-tiba termood baik and rajin nak buatkan doodle request daripada pengomen yang keempat dan kelima ^_^ Doodle anda on the way ;D