Sunday, July 17, 2011

Bluepenart Yang Super Awesome!


Assalamualaikum.



katy perry


Sedang berpeleseran di Youtube lepas tu terjumpa sorang youtubers+artist yang superduper COOL!~ Bluepenart. Jom tengok tanpa mengerdipkan mata ;D















Real kan? Beliau just guna ball pen blue/black untuk buat outline, shadow dan sebagainya. Susah tuu~ Biasanya artist melukis potret guna pen 2B,3B,HB and macam-macam B lagi lah. Tapi beliau guna PEN! No padam-padam meh~ I'm impressed :)



Saya reti lukis guna adobe ja. Tu pun still cacat nak arwah T^T

Saturday, July 16, 2011

Top Universiti Dalam Malaysia


Assalamualaikum.


Terlalu excited nak masuk universiti sampai semua benda pasal universiti nak geledah termasuklah ranking universiti terbaik di Malaysia. Jom tengok universiti anda dalam ranking nombor berapa! ;D


Sebelum tu,
The ranking main factors are Size, Visibility, Research papers and scholars.



Terasa sangat kagum dengan UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) sebab berada dalam ranking nombor 6 walaupun UniMAP adalah antara universiti baru. Cayalah! ;D




for more : topstudylinks



Belajar dekat mana-mana pun sama sahaja yang penting niat, InsyaAllah berjaya :D

Bersyukurlah, Ada Yang Lagi Kurang Bernasib Baik Kat Luar Sana..


Assalamualaikum.


Semalam karpet news feed facebook aku tersangat meriah dengan bermacam-macam status updates. Ada yang happy, ada yang buat-buat happy, and ada jugak yang tak happy. Biasalah tu. Yang happy tu mesti lah dapat apa yang diorang target, yang tak happy tu, faham-faham je lah =.="


Secara jujurnya, dua-dua aku rasa, happy dan tak happy. Tak happy sebab aku tak dapat universiti pilihan pertama aku, dan universiti yang aku dapat ni lagi sekali jauh giler dari rumah. Banyak kos yang perlu ditanggung bila duduk berjauhan dengan family ni. Kos tambang pengangkutan, kos kerisauan, kos kerinduan and banyak kos lagi lah. Tapi bila fikir-fikir balik, ada orang tu belajar kat oversea lagi, boleh je berjaya, kenapa aku tak boleh? OK, YAKIN BOLEH!


Happy sebab aku dapat course pilihan aku. Waktu isi borang UPU dulu aku memang letak course ni dalam pilihan 1,2, dan 3. Alhamdulillah, dapat pilihan kedua. Walaupun bukan universiti yang diharap sangat-sangat, tak kisah lah, janji dapat course pilihan.


Ada jugak kawan-kawan yang call mengeluh, sebab dapat universiti dan course yang tak ada langsung dalam pilihan borang UPU dulu. Ada sorang kawan aku tu lagi kesian, dapat course yang berkaitan kesihatan padahal dia tak pernah apply pun. Frust giler dia sebab tak dapat sambung engineering padahal pointer dia dulu hebat jugak. Rezeki masing-masing, kan. Pasti ada hikmah yang tersirat, cuma kita belum nampak lagi. Bersabarlah.


Tertarik dengan beberapa status kawan-kawan, baca dan renungkan.



Yang kat atas ni status salah seorang lecturer KMK, terharu+tergelak pulak membacanya. Banyak lagi status-status yang membina tapi dua status kat atas ni yang paling terkesan dalam hati dan paling banyak LIKE.


Tiba-tiba teringat dengan sorang kawan kat matrik dulu. Kalau nak diikutkan, nasib dia lagi kurang baik. Dia ni pandai giler, top student lah senang cakap. Favourite student among lecturer pulak tuh. Kerja tutorial+lab report+quiz semua tiptop dan sempurna. Salah seorang student 4flat. Tiba-tiba satu hari tu, kitorang semua dapat tahu dia dah keluar daripada matrik, secara mengejut. Dia tak pernah bagitahu sesiapa pun. Kitorang pergi bilik dia, jumpa katil dan almari dia yang kosong and kertas-kertas + buku-buku dia dengan sekeping surat.


Menangis bila baca surat dia. Dia cakap dia terpaksa buat macam ni tapi tak bagitahu langsung sebab dia. Tak ada sesiapa tahu apa sebabnya. Ramai orang salahkan dia sebab terlalu ikut kata hati tapi aku percaya, dia ada sebab dia tersendiri. Baru-baru ni aku dapat tahu, kakak dia menghidap leukaemia. Now, everything make sense. Besar pengorbanan dia pada family dia. Sekarang ada kawan cakap dia kerja jadi kerani. Wallahualam. Harap sangat satu hari nanti dia dapat sambung belajar balik.


Kita patut bersyukur, walaupun tak dapat course ataupun universiti pilihan kita, sekurang-kurangnya kita berpeluang sambung belajar. Dekat luar sana ramai yang pandai-pandai cuma tak berkemampuan je nak sambung belajar. Bila fikir-fikir balik, aku beruntung. Dah-dah, jangan sedih-sedih lagi! Belajar rajin-rajin lepas ni supaya senang nak dapat KERJA dan balas jasa ibu & ayah.